Pada 16 November 2016, ALK
mengadakan mesyuarat pertama selepas
mesyuarat agong kali ke 8 yang telah diadakan pada 30 Oktober 2016 di Restoran
Rebung, Jalan Tanglin, Kuala Lumpur. Sepatutnya mesyuarat ini diadakan selepas
mesyuarat agung tetapi keadaan yang tidak membenarkan maka mesyuarat ALK
ditangguhkan selepas dua minggu diadakan. Diantara sebab adalah 3 orang ALK
utama iaitu Hj. Ahmad Rusli bin Ibrahim, Mohamd bin Maon dan Hj. Ahmad Nasir bin
Abdul Rahim terlibat dengan latihan di Sarawak Hidro Bakun selama 2 minggu.
Mesyuarat ALK ini telah diadakan
di Pejabat Persatuan Unit Keselamatan (PERUNIKA) TNB Jalan Bangsar, Kuala
Lumpur. Ianya bertujuan antara lain untuk memilih dan melantik dikalangan ALK
tiga orang pegawai utama untuk menerajui koperasi bagi sesi 2016/17 dan juga
membincangkan perkara yang telah dibangkitkan didalam mesyuarat agung tersebut.
Didalam pemilihan ALK untuk
menerajui koperasi, ALK bersetuju dan sebulat suara mengekalkan Hj Ahmad Rusli
bin Ibrahim selaku Pengerusi, Mohamad bin Maon Setiausaha dan Hj. Ahmad Bakri
bin Mohd Zahir sebagai Bendahari dan lain-lain portfolio akan dilantik mengikut
kesesuaian masa dan keadaan, jika ada keperluan.
Didalam perbincangan itu,
pengerusi telah menerangkan bahawa koperasi telah dan akan mengadakan projek
yang berterusan iaitu Latihan dan Pendidikan bagi anggota keselamaran Bakun, seperti
latihan lanjutan PB, QCS dan Ancaman Bom. Selain dari itu, projek koperasi yang
sedang berjalan adalah Pengurusan cat tiang letrik, Projek cucian kereta dan
membuka kedai menjual dan membaiki komputer. Semua projek ini adalah secara
kecil-kecilan tetapi ia berterusan dan membawa pulangan hasil kepada koperasi.
Insya Allah.
Diakhir mesyuarat pengerusi
menyatakan mesyuarat ALK akan diadakan 3 bulan sekali dan jika ada sebarang
keperluan yang mendesak untuk sesuatu tindakan, mesyuarat terpaksa diadakan.