Sunday, December 31, 2017

Selamat Tahun Baru 2018




Hari ini adalah hari terakhir iaitu 31 Disember 2017, maka tengah malam ini tepat jam 12.00 maka bermulalah detik kedatangan tahun baru 2018. Dengan kedatangan tahun 2018 maka berlalu tahun 2017 dengan meninggalkan berbagai kenangan pahit dan manis. Kedatangannya juga bererti usia kita semakin meningkat.

Kita bertanya pada diri kita, apakah azam dan semangat pada tahun baru ini? adakah azam dan semangat tahun 2017 telah tertunai atau akan dibawa ke tahun 2018? atau ia telah melepasi sasarannya? Itu yang tidak pasti untuk memberikan jawapannya, kerana setiap individu mempunyai azam dan semangat yang dicita-citakan. 

Adalah diharapkan simbol 2018 memberikan cahaya pengharapan bagi setiap insan. Cahaya dan pengharapan adalah bersumberkan daripada hidayah Allah SWT. Semoga diperkenankan oleh Allah dengan izinNya.

Sunday, December 17, 2017

Mesyuarat ALK sesi 2017/18

Pada 16 Disember 2017 Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB mengadakan mesyuarat kali ke 2 ekoran dari mesyuarat pertama selepas mesyuarat agung pada 28 Oktober 2017. Mesyuarat ini diadakan di pejabat koperasi di Taman Bukit Jati 5 Klang.



Mesyuarat di pengerusikan oleh Hj. Ahmad Rusli


Mesyuarat ini untuk mengambil tindakan beberapa cadangan yang dibangkitkan pada mesyuarat pertama tempoh hari. Antaranya mengisi beberapa portfolio yang belum disenaraikan dan juga meluluskan mengekalkan pelantikan 3 orang Juruaudit.

Portfolio berkenaan adalah seperti berikut:

i.   Latihan dan Pendidikan
     Encik Mohamad bin Maon

ii.  Perladangan dan Perancangan
     Encik Hamzah bin Redza

iii.  Kebajikan dan Masyarakat
      Encik Mohd, Noor bin Zakaria

iv.  Pentadbiran dan Urusetia
      Encik Mohd. Daud bin Gimo

v.   Perhubungan Awam
     Hj. Ibrahim bin Mohamed

vi.  Kewangan
      Encik Mohtar bin Yusof

vii. Analisis dan Risiko
      Encik N. Manohara

Mesyuarat ALK juga telah mencadangkan dan bersetuju untuk mengekalkan tiga orang JAD (Jawatankuasa Audit Dalaman) bagi sesi 2017/18 untuk setahun lagi, mereka ialah seperti berikut:

i.  Mohd. Faizal bin Ahmad Rusli
ii. Khairil Anuar bin Mohamad
iii. Mohd. Khairul Anuar bin Mohd. Noor

Mesyuarat juga telah memutuskan bahawa semua ALK yang belum lagi mencarumkan sebanyak RM1K dikehendaki membayar caruman saham seperti yang dinyatakan dengan kadar dalam tempoh 3 bulan. ini sejajar dengan peruntukkan didalam UUK koperasi fasal 55(1) dan juga Fasal 55 (2)

Mesyuarat kali ini seramai 4 ALK tidak hadir iaitu:

  • Hj. Ahmad Nasir bin Abd. Rahim
  • Hj. Ibrahim bin Mohamed
  • En. Mohd Daud bin Gimo
  • En. Mohtar bin Yusof
Adalah diharapkan mesyuarat dimasa akan datang semua ALK tidak berkecuali dikehendaki hadir mesyuarat dan koperasi boleh membuat keputusan dengan majoriti. Sekian dan keputusan yang lain semuanya ada didalam minit mesyuarat.

Tuesday, December 12, 2017

Trip ke New Zealand

Sebenarnya kami sudah lama merancang untuk melancung ke New Zealand kerana banyak negara disebelah sini sudah dilawatinya. Perancangan tersebut menjadi kenyataan apabila kami mendaftar bersama pakej Nusatravel yang mengurus pemergian ke New Zealand selama satu minggu bermula 26 November hingga 4 Disember 2017.  

Pada 26 November 2017 saya bersama isteri Normah Sarkawi berlepas ke New Zealand bersama dengan 36 orang yang lain yang turut serta ke NZ. Pemergian ke NZ adalah dengan penerbangan AirAsiaX yang berlepas dari KLIA2 jam 11.45 malam menuju ke Gold Coast Australia yang memakan masa hampir 8 jam. dan kami tiba di Gold Coast (GC) pada jam 7.50 pagi waktu GC. Kami semua transit di GC sebelum meneruskan penerbangan ke Auckland NZ pada jam 9.50 pagi dengan flight yang sama. Penerbangan ke Auckland mengambil masa 2 jam 50 minit dan tiba di Airport Auckland pada jam 12.35 tengahari waktu NZ pada 27 November 2017 




Setiba di Auckland, kami bermalam di Oakwood Manor dan kami ke Christchurch keesokan pagi dengan satu lagi penerbangan.



Dari Auckland ke Christchurch ke Pulau Selatan NZ kami menaiki penerbangan JetStar yang memakan masa selama 1 jam setengah. 



Tiba di Christchurch, jam 8 pagi dan dibawa ke Botanic Garden bersebelahan dengan Avon River dan Hagley Park. kami melawat di Canterburry Museum dan di Restart Mall dimana satu-satunya mall yang unik yang diperbuat daripada container yang menjual souveir (cenderahati).



kenangan di Canterburry Museum pada lawatan hari pertama dan melihat dibeberapa tempat termasuk dikawasan yang berlaku gempa bumi yang kuat pada 22 Feb 2011



Bangunan diatas ini adalah bangunan yang baru dibina bagi menggantikan bangunan yanng runtuh akibat gempa bumi yang kuat termasuk dipersekitaranya


batu peringatan ketika gempa bumi yang terletak ditengah bandar

  dihadapan museum


 bergaya berlatarbelakang pengangkutan tram


  bersebelahan dengan Avon River


dipintu gerbang di pusat bandar Christchuch dan gambar diabadikan didalam museum



Kenangan dalam museum

Insya Allah, kami akan muatkan gambar dan pemandangan yang menarik di bahagian ke 2..

Wednesday, November 08, 2017

Perjumpaan dengan SKM Wilayah

Pada 7 Oktober 2017 hari selasa, kami terdiri daripada Hj. Ahmad Rusli bin Ibrahim pengerusi, Mohd. Duad bin Gimo ALK dan saya sendiri selaku setiausaha Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB (KPPK TNB) telah mengadakan perjumpaan dengan wakil SKM iaitu Puan Siti Marlina bersama Puan Masnormawati.  Perjumpaan tersebut telah diadakan pada jam 11.30 pagi di pejabat SKM Wilayah di Damansara KL.

Dalam perjumpaan tersebut antara lain:
  • pihak koperasi meminta khidmat nasihat dari SKM, bagaimana koperasi boleh dan untuk menubuhkan anak syarikat. 
  • untuk memulakan perniagaan, koperasi juga untuk meminta dan mendapat bantuan kewangan dan
  • cadangan pembiayaan koperasi untuk membina pusat latihan dan mengajar anggota keselamatan dalam bidang pengurusan keselamatan
Disamping itu juga, pihak koperasi memajukan satu salinan senarai ALK dan JAD bagi sesi 2017/18 dalam tempoh 15 hari daripada tarikh mesyuarat agung pada 28 Oktober 2017

Sunday, October 29, 2017

Perlantikan Jawatan Utama Koperasi

Sebaik sahaja mesyuarat agung selesai diadakan, ALK telah mengadakan mesyuarat ALK pertama selepas pemilihan  bagi melantik 3 jawatan penting iaitu pengerusi, setiausaha dan Bendahari bagi sesi 2017/18. Mesyuarat bermula jam 12.30 t/hari.

Dalam mesyuarat tersebut secara ringkas, ALK telah mencadang bahawa Hj. Ahmad Rusli dipilih menjadi pengerusi. dan setiausaha di lantik Mohamad Bin Maon tetapi ada pembantu bagi tujuan mengambil alih jawatan setiasusaha, ini kerana sdra Mohamad Maon tidak mahu memegang sebarang jawatan dalam ALK termasuk Setiausaha. ALK bersetuju memilih Daud Gimo untuk penolong kepada setiausaha.

Jawatan bendahari ALK bersetuju memilih Mohtar bin Yusof seorang ALK yang baru terpilih dalam mesyuarat tersebut. Ada lagi beberapa jawatan dalam Biro yang akan dipilih didalam mesyuarat yang akan datang iaitu

1. Biro Latihan Urusetia Pentadbiran
2. Biro Perladangan dan Komoditi
3. Biro Sosial dan Kebajikan
4. Biro Kewangan dan Keusahawanan

Dengan demikian ALK bagi penggal 2017/18 adalah seperti berikut

1. Tn Hj. Ahmad Rusli bin Ibrahim - Pengerusi
2.  En. Mohamad bin Maon - Setiausaha
3.  En. Mohtar bin Yusof - Bendahari
4.  En. Daud bin Gimo - Pen. Setiausaha

sekian, laporan dari mobima


Mesyuarat Agong Tahunan Koperasi ke 9


Dari kiri Puan Masnormawati wakil Pegawai SKM, Tn Hj. Ahmad Rusli pengerusi, Sdr Mohamad bin Maon Setiausaha dan Tn Hj Ibrahim bin Mohamed

Pada tanggal 28 Oktober 2017 Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB telah mengadakan mesyuarat agong tahunan bagi kali ke 9 bertempat di Reena's Delight, Jalan Kg Jawa, Klang Selangor. Seramai 25 anggota koperasi telah hadir didalam mesyuarat tersebut yang dimulakan pada jam 11.25 pagi. Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan adalah wakil dari Suruhanjaya Koperasi Malasyia (SKM) iaitu Puan Masnormawati binti Hussin, Beliau telah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan mesyuarat agung berkenaan. Tn.Hj. Ahmad Rusli bin Hj. Ibrahim telah mempengerusikan sepanjang mesyuarat ini diadakan dengan jayanya.

                                     

Dalam ucapan sempena perasmian Puan Masnormawati mengucapkan terima kasih atas undangan dan beliau menyatakan, walaupun koperasi ini tidak banyak mempunyai aktiviti tetapi ianya menepati kehendakki SKM kerana menghantar laporan aktiviti dan mengadakan mesyuarat agung mengikut jadual. Beliau berharap ALK yang baru dipilih dapat memainkan peranan supaya dapat menguruskan dan memajukan koperasi secara kecil-kecilan dahulu


Pada pemilihan Jawatan ALK bagi penggal 2017/18 beberapa muka baru telah dipilih dan dilantik seperti berikut:-

1.   Hj. Ahmad Rusli bin Hj. Ibrahim
2.   Hamzah bin Redza
3.   Kamarulzaman  bin Ahmad
4.   Johari bin Sharif
5.   Hj. Ibrahim bin Mohamed
6.   Basharuddin bin Abdullah
7.   Hj. Ahmad Nasir bin Abdul Rahim

Dilantik semula

8.   Mohamad bin Maon
9.   Mohd. Noor bin Zakaria

Perlantikan baru

10.  Mohtar bin Yusof
11.  Daud bin Gimo
12.  N. Manohara

Senarai ALK yang digugurkan ialah

1.  Normah binti Sarkawi
2.  Hj Ahmad Bakri bin Mohd Zahir
3.  Halim bin Ishak

Mesyuarat agung pada kali ini tiada sebarang usul dikemukakan, tetapi ada berapa cadangan yang diterima. Antara cadangan terdahulu yang dibawa kembali kerana ianya terlepas pandang dan atas nasihat dari Pegawai SKM, dibawa kepengetahuan mesyuarat agung sekali lagi mengenai penubuhan sebuah anak syarikat dan dengan itu majlis meluluskan penubuhan anak syarikat dengan sebulat suara.

cadangan kedua untuk menjalani projek menternak lembu. cadangan itu adalah suatu cadangan yang baik tetapi ia perlu kepada sebuah kajian yang terperinci dengan menyediakan kertas kerja sebelum projek berjaya diadakan.

Mesyuarat di akhiri dengan ucapan terima kasih kepada anggota koperasi dan kepada pegawai SKM yang turut hadir dalam mesyuarat pada kali ini. mesyuarat ditamatkan pada jam 12.35 tengahari dan ditangguhkan kepada tahun hadapan.Sebelum bersurai dan jamuan tengahari sesi bergambar dihalaman Renaas.


sesi foto kumpulan selepas mesyuarat agung

Sunday, October 22, 2017

Mesyuarat Agung Koperasi ke 9 pada 28 Oktober 2017




Adalah dimaklumkan bahawa Ahli Lembaga Koperasi (ALK) telah memutuskan bahawa koperasi akan mengadakan mesyuarat agung tahunan pada 29 Oktober 2017 bertempat di Reena's Delight, Klang. Mesyuarat ini diadakan adalah untuk memenuhi kehendak sek 26 Undang-Undang Kecil (UUK) koperasi.

Dengan ini semua anggota koperasi adalah dijemput hadir pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan pada buku laporan tahunan koperasi

Semoga perjalanan mesyuarat agung ini berjalan dengan lancar dan baik. Insya Allah

- mohamad bin maon, setiausaha

Thursday, July 27, 2017

Trip ke Negara Balkans dan Greece Bhg. 3

Pada 2 Mei 2017 (selasa)  hari kelima Program Trip Sarajevo/ Jablanica/Blagaj

Selepas sarapan pagi dan check-out dari hotel jam 8.30 pagi, kami bergerak dalam perjalanan hampir setengah jam ke Kedai Nerzz kedai yang menjual peralatan dan pakaian kulit. Walaupun harganya agak mahal jika dibandingkan dengan harga di Malaysia ianya masih lagi murah, kata mereka yang membelinya. Kebanyakannya mereka membeli jaket kulit bagi menampong kesejukan di Sarajevo.


Kedai menjjual peralatan dan pakaian kulit


Selepas shopping, kami ke R&R  Restoran Kavacivic Jablanica dengan hidangan makan daging kambing panggang. Dari restoran ini kelihatan pemandangan amat  menarik dengan kedudukannya yang strategik dan keadaan alam dan muka bumi yang berbukit-bukit dan bergunung lagi menambah keenakan dan kenyaman menikmati makanan yang disajikan.  



kelihatan dapur tempat memanggang daging kambing



bergambar ditepi restoran kambing panggang

Selepas makan kami semua singgah dimasjid dan bersolat jamak. Selepas bersolat kami melawat ke tempat perkampungan sufi di Balagaj.



Masuk ke perkampungan sufi kami disambut dengan huruf 'HUA' dalam tulisan jawi yang bermaksud 'Dia"







gambar-gambar di atas adalah di persekitaran kawasan perkampungan sufi

Dan selepas itu, kami bergerak menuju ke hotel dan check-in di Hotel Hacergovina pada jam 6.30 petang

Pada 3 Mei 2017 (Rabu) ke Mostar ....bersambaung bahagian ke 4



Saturday, July 01, 2017

Thursday, June 08, 2017

Trip ke Negara Balkans dan Greece Bhg. 2

Pada 30 April 2017 (Ahad) hari ketiga trip ke Balkans. Selepas sarapan pagi dan 'check out' dari hotel kami menuju ke Bosnia Hercegovina negara ke 2 dalam trip ke Balkans. Dalam perjalanan ke Bosnia, kami melalui Bihac, Travnik dan Bandar Sarajevo ibu negeri Bosnia dan bermalam di Sarajevo.

Dibawah ini adalah kenangan 'group photo' dihadapan Hotel Emporium Bihac sebelum bergerak menuju ke Bosnia Hacergovina.


Walaupun cuaca di Bihac Croatia dipenghujung musim 'winter' tetapi kesejukan masih terasa, maka tidak hairanlah kami semua memakai pakaian yang tebal.



Begitu juga dengan kaum wanita gambar mereka dimuatkan dalam dua photo kerana gambar di atas tidak terdapat keseluruhannya mereka yang berkenaan.

Dalam perjalanan, kami dibawa  singgah di Travnik dan Jajce Waterfall, panaromana yang sungguh menarik kerana mereka menggunakan air sungai bagi pengisar tepong yang ada didalam rumah kecil dengan menggunakan tekanan air untuk memusingkan pengisar tersebut. Rakaman photo berikut sebagai kenangan.









Dibawah adalah tempat persinggahan kami seterusnya di Jajce Waterfall untuk merakamkan kenangan untuk dibawa balik ke Malaysia dan beberapa pemandangan yang indah.






Melawat dan menziarahi ke Castel Lama dan Muzium serta melihat dipersekitarannya yang menarik.








Disebelah petangnya lebih kurang jam 6.00 petang waktu Bosnia kami 'check in' di Hotel Hollywood Sarajevo dan makan malam serta berehat setelah seharian berjalan.

Pada 1 Mei 2017 (Isnin) hari keempat trip kami, kami berada di Sarajevo. Selepaas sarapan pagi, kami dibawa melawat kesan-kesan peninggalan sejarah zaman perang pada tahun 90'an. dan shopping di Old Town Sarajevo.




Terowong ini digunakan oleh tentera Bosnia dan orang awam untuk keluar ke LapanganTerbang




Kesan tembakan yang masih terdapat dibangunan ini untuk dilihat oleh generasi akan datang




Pemandangan dalam gambar dibelakang adalah lapang terbang yang menghubungi terowong bawah tanah





Datin ni rajin mengambil gambar setiap orang yang keluar dari terowong -  contohnya gambar saya, isteri dan anak - tahniah





Shopping di Old Town Sarajevo.











bersiar dan melihat keindahan alam ciptaan Allah di Sarajevo


Setelah melihat persekitaran Old Town Sarajevo, dalam perjalanan kami singgah di Masjid Indonesia yang dibina oleh Presiden Megawati, Pada mulanya kami jangkakan masjid yang dibina atas sumbangan rakyat Malaysia yang diusahakan Ustaz Wan Sohor tetapi bukan masjid tersebut. Masjid berkenaan adalah nama Masjid Sahabah



Begitulah trip kami pada hari ke 4 dan akan bersambung pada bahagian ke 3...... Insya Allah