Pada 30 April 2017 (Ahad) hari ketiga trip ke Balkans. Selepas sarapan pagi dan 'check out' dari hotel kami menuju ke Bosnia Hercegovina negara ke 2 dalam trip ke Balkans. Dalam perjalanan ke Bosnia, kami melalui Bihac, Travnik dan Bandar Sarajevo ibu negeri Bosnia dan bermalam di Sarajevo.
Dibawah ini adalah kenangan 'group photo' dihadapan Hotel Emporium Bihac sebelum bergerak menuju ke Bosnia Hacergovina.
Walaupun cuaca di Bihac Croatia dipenghujung musim 'winter' tetapi kesejukan masih terasa, maka tidak hairanlah kami semua memakai pakaian yang tebal.
Begitu juga dengan kaum wanita gambar mereka dimuatkan dalam dua photo kerana gambar di atas tidak terdapat keseluruhannya mereka yang berkenaan.
Dalam perjalanan, kami dibawa singgah di Travnik dan Jajce Waterfall, panaromana yang sungguh menarik kerana mereka menggunakan air sungai bagi pengisar tepong yang ada didalam rumah kecil dengan menggunakan tekanan air untuk memusingkan pengisar tersebut. Rakaman photo berikut sebagai kenangan.
Dibawah adalah tempat persinggahan kami seterusnya di Jajce Waterfall untuk merakamkan kenangan untuk dibawa balik ke Malaysia dan beberapa pemandangan yang indah.
Melawat dan menziarahi ke Castel Lama dan Muzium serta melihat dipersekitarannya yang menarik.
Disebelah petangnya lebih kurang jam 6.00 petang waktu Bosnia kami 'check in' di Hotel Hollywood Sarajevo dan makan malam serta berehat setelah seharian berjalan.
Pada 1 Mei 2017 (Isnin) hari keempat trip kami, kami berada di Sarajevo. Selepaas sarapan pagi, kami dibawa melawat kesan-kesan peninggalan sejarah zaman perang pada tahun 90'an. dan shopping di Old Town Sarajevo.
Terowong ini digunakan oleh tentera Bosnia dan orang awam untuk keluar ke LapanganTerbang
Kesan tembakan yang masih terdapat dibangunan ini untuk dilihat oleh generasi akan datang
Pemandangan dalam gambar dibelakang adalah lapang terbang yang menghubungi terowong bawah tanah
Datin ni rajin mengambil gambar setiap orang yang keluar dari terowong - contohnya gambar saya, isteri dan anak - tahniah
Shopping di Old Town Sarajevo.

Setelah melihat persekitaran Old Town Sarajevo, dalam perjalanan kami singgah di Masjid Indonesia yang dibina oleh Presiden Megawati, Pada mulanya kami jangkakan masjid yang dibina atas sumbangan rakyat Malaysia yang diusahakan Ustaz Wan Sohor tetapi bukan masjid tersebut. Masjid berkenaan adalah nama Masjid Sahabah
Begitulah trip kami pada hari ke 4 dan akan bersambung pada bahagian ke 3...... Insya Allah
No comments:
Post a Comment