Pada 30 Mei 2017 bersamaan hari selasa, jam 10.00 pagi kami mewakili koperasi iaitu saya bersama Hj Ahmad Rusli Ibrahim dan konsultan Encik Zulbahari dari ILSAS telah menghadiri mesyuarat mengenai kursus QCS yang akan diadakan pada pertengahan bulan Jun 2017. itu pun melalui panggilan telefon yang dibuat oleh En Saiful pada hari khamis 25 Mei 2017 ketika itu, saya dalam perjalanan ke Bentong untuk menziarahi Tn Rusli.
Kursus ini adalah atas permintaan Allahyarham Zubir Daharun pengurus keselamatan. Semasa hayatnya beliau meminta supaya kursus QCS dapat diterapkan dikalangan Anggota Polis Bantuan. Selain daripada kerjaya yang berdisiplin mereka perlu didedahkan dengan kecemerlangan dan kualiti kerja bagi anggota pasukan Polis Bantuan.
perbincangan dengan En saiful di Pejabatnya tkt 19 CP Tower, Pusat Dagang
Kursus ini adalah atas permintaan Allahyarham Zubir Daharun pengurus keselamatan. Semasa hayatnya beliau meminta supaya kursus QCS dapat diterapkan dikalangan Anggota Polis Bantuan. Selain daripada kerjaya yang berdisiplin mereka perlu didedahkan dengan kecemerlangan dan kualiti kerja bagi anggota pasukan Polis Bantuan.
Kursus yang telah ditetapkan adalah didalam bulan puasa yang bermula pada 12 hingga 17 Jun 2017 selama 6 hari. Ia di bahagikan didalam 3 kumpulan, setiap kumpulan akan menghadiri 2 hari kursus.
Bayaran kursus yang kami minta adalah secara pakej sejumlah RM40K. dimana ia merangkumi semua anggota, tetapi pada 1 Jun 2017, Saiful memberitahu melalui 'email'nya bahawa kursus tersebut tidak dapat diteruskan kerana pengambil alihan sepenuhnya oleh Sarawak Energy Berhad.
No comments:
Post a Comment