Friday, June 02, 2017

Trip ke Negara Balkans dan Greece

Pada penghujung bulan April saya berkesempatan bersama isteri dan anak saya melancung ke negara Balkans melalui trip Via Vacation. Trip ke sana bermula pada 27 April hingga 10 Mei 2017. Ramai orang telah menceritakan keindahan dan panorama yang menarik dan cantik yang ada dibumi Balkans. Sesungguhnya keindahan ini adalah ciptaan Allah SWT jua. Pada 27 April Jam 11.30 malam kami terbang dengan Tukey Air menuju ke Istanbul dan transit di sana sebelum menukar penerbangan menuju ke Zagreb Croatia. Penerbangan dari KLIA ke Istanbul Turki memakan masa selama 10 jam dan dari Istanbul ke Zagreb selama 2 jam, jadi keseluruhan penerbangan selama 12 jam. begitulah penerbangan dari KLIA ke airport Zagreb. Setiba kami di Zagreb maka berubahlah masa  iaitu 6 jam lewat dari masa di Malaysia.

Balkans mengandungi 5 negara iaitu Croatia, Bosnia, Montenegro, Albania dan Macedonia. Greece adalah satu negara lain yang bersempadanan dengan negara Balkans (Macedonia).

HARI PERTAMA (28 April 2017) Croatia, 
Tiba di Zagreb jam 9.40 pagi , 'sightseeing' bandar Zagreb, melawat tempat-tempat sejarah dan juga bangunan lama dan bermalam di Hotel Holiday Zagreb



Kenangan di hadapan Hotel Holiday



sarapan pagi dan check out dari hotel Holiday Zagreb sebelum bergerak ke destinasi

Trip ini bermula dari Bandar Zagreb ibu negara Croatia. Cuaca ketika kami tiba masih lagi sejuk walaupun ia dipenghujung musim 'winter' tapi masih kelihatan salji dipergunungan. Sepanjang kami melalui bumi Balkan negaranya adalah bergunung-ganang dan kelihatan indah. Matahari memancar sinar namun dengan tiupan angin ia masih lagi kedinginan yang memerlukan pakaian yang tebal. begitu keadaan cuaca di negara Balkan kecuali apabila kami tiba di Greece cuaca bertambah panas.  

HARI KEDUA (29 April 2017) National Park Plitvice Croatia














panorama alam semula jadi ciptaan Allah sungguh menakjubkan

Dalam trip 6 negara ini, kami akan memuatkan gambar-gambar dan pemandangan yang menarik sahaja. kalau nak dimuatkan kesemuanya ia terlalu banyak dan ia tidak memungkinkan pengisian potret keseluruhannya. Kalau ada pun saya akan buat trip ini dalam bentuk siri 1, 2 dan seterusnya. Insya'Allah.

bersambung.....

No comments: