Sunday, December 30, 2018

SELAMAT TAHUN BARU 2019


Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, dan seterusnya tanpa disedari kita telah memasuki tahun demi tahun dan sekarang kita akan berada didalam tahun 2019 tanpa dijemput ia akan datang apabila tiba masanya.

Oleh itu saya mengucapkan selamat tahun baru 2019

Trip ke Langkawi bersama keluarga

Pada 7 hingga 9 Disember 2018, kami sekeluarga melancung ke Pulau Langkawi dengan menaiki penerbangan AirAsia pada petang jumaat jam 6.45 petang dan ditunda pada jam 7.30 malam, dan kami tiba di Airport Langkawi sejam kemudian dan kami disambut oleh Firdaus menantu kepada Resah dimana kami menginap di tempatnya NR Langkawi Motel di Pantai Tengah. 

Disini tempat kami menginap sepanjang dua hari kami berada di Langkawi. Di Langkawi kami bershopping di Haji Ismail Group (HIG) dengan membeli coklat, beg pakaian dan kain batik untuk pakaian harian serta melawat di Padang Mat Sirat, dan makan laksa ikan 'sekoq'  di teping lapangan terbang Langkawi serta kereta kabel di Gununng Macincang, tetapi kami tidak dapat menaiki kereta kabel tersebut kerana pengunjung yang terlalu ramai, maklumlah mereka datang sempena cuti persekolahan.

Pada petang Ahad kami balik ke KL dengan menaiki penerbangan jam 6.30 petang di Langkawi dan tiba di KLIA jam 7.15 malam dan ke Klang dengan menaiki 'grab car'. Demikianlah trip kami sekeluarga ke Pulau Langkawi yang membawa seribu kenangan manis. 

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hj. Nasir dan Hjh Resah yang telah memberikan harga istimewa kepada keluarga kami yang menginap di Motelnya termasuk penggunaan kereta Inova.


Friday, December 28, 2018

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ke 9

Pada 27 Oktober 2018 sekali lagi koperasi mengadakan mesyuarat agung tahunan ke 9 bertempat di Reenas Klang, seramai 20 anggota koperasi hadir didalam mesyuarat tersebut dengan Puan Masnormawati pegawai dari SKM merasmikan mesyuarat berkenaan. Dimulakan pada jam 12.30 tengah hari mesyuarat tersebut berjalan dengan lancar dipengerusikan oleh Encik Mohamad bin Maon, kerana memandangkan Tuan Hj. Ahmad Rusli tidak hadir kerana ada urusan keluarga.

Walaubagaimana pun beberapa muka baru mengambil alih jawatan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) bagi menggantikan/penggiliran jawatan mengikut UUK koperasi.

Berikut adalah senarai 12 orang ALK bagi sesi 2018/19:-

1.   Dato Mohd Noor Zakaria - Pengerusi
2.   En. Mohamad Maon - Setiausaha
3.   Hj. Ahmad Bakri Mohd Zahir - Bendahari - (baru)
4.   Hj. Ibrahim Mohamed
5.   En. Hamzah bin Redza
6.   En. Kamarulzaman bin Ahmad
7.   En. Johari bin Sharif
8.   En. Basharuddin bin Abdullah
9.   En. Mohd. Daud bin Hj. Gimo - (baru)
10. En. N. Manohara
11. Dr. Omar bin Sirat - (baru)
12. En. Tan Baba - (baru)

Tuesday, December 04, 2018

Balik Ke Tanah Air selepas menunaikan fardhu Haji

di Movinpick KLIA keluarga menghantar kami ke Mekah


Keluarga yang turut serta menghantar kami untuk menunaikan haji


keluar dari hotel dalam perjalanan untuk tawaf haji


dipapan tanda di lobi hotel lagi 16 hari untuk berangkat ke Madinah


di dataran Kaabah

di Jamratul Aqabah


bergambar di Dataran Kaabah setelah tawaf


Ketika nak berangkat ke Tanah Suci di Movinpick

Menyambut Hari Kemerdekaan di Mekah pada 31 Ogos 2018

bersama dengan sahabat Mohd Noor Zakaria yang sama menunaikan haji 

di Jamratul Akabah


Menikmati Air Zamzam selepas tawaf umrah


ketika baru tiba di Mekah


  membotakkan kepala ketika di Mina


di Jamratul

Kenangan bersama Basiron orang Kg Gelam, ketika bertemu di Muzium Al Qur'an di Madinah


Normah di lobi hotel


bergambar latarbelakang rumah Rasulullah dalam sesi 'Jalan-Jalan Subur Iman'


membeli jubah di supermarket Mekah


Ustaz Shafie Kasa pembimbing jemaah dalam sesi 'Jalan-Jalan Subur Iman'


di Jabal Rahmah dalam perjalanan untuk umrah


kenangan bersama Ustaz Shafie Kasa mutawwif jemaah haji


Pemandangan di Jabal Rahmah


Ustaz Shafie memimpin jemaah haji melakukan tawaf haji

bergambar bersama Normah ketika di Jabal Rahmah

Pada 22 September 2018 maka saya bersama isteri selamat tiba ke KLIA setelah menunaikan fardhu Haji di tanah suci Mekah selama 41 hari. Sepanjang saya berada di Mekah dengan izin Allah, saya bersama isteri berada didalam keadaan sihat wal'afiat kecuali isteri saya mengalami kekejangan otot di sebelah kaki kiri selepas membuat tawaf/saie umrah. 

Normah mendapat rawatan di Hospital Syisyah di Mekah

Saya bersyukur kami berdua selamat menunaikan haji dimana kami berada dan bermalam di Arafah hanya satu malam dan singgah di Muzdalifah dan seterusnya kami berada dan bermalam di Mina selama 4 malam untuk melontar di ketiga-tiga jamratul. seterusnya hari kelima kami berangkat ke Mekah untuk membuat tawaf dan saei haji.  

Monday, July 09, 2018

Menjadi Tetamu Allah

Pada 13 Ogos 2018 saya berdua bersama isteri saya Normah akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan fardhu haji bagi rukun Islam yang kelima. Sebelum ke tanah suci berikut adalah urutan dari mula sehingga berangkat ke tanah suci:-

Pada 6 November 2017 kami berdua mendapat surat tawaran untuk menunaikan Fardhu Haji (Terpilih) dari surat Tabung Haji bagi musim Haji 1439H/2018M dan berikutnya kami membuat pengesahan kepada TH yang kami berdua bersetuju untuk menunaikan fardhu haji pada tahun ini. Insya Allah

Dan untuk itu, kami berdua menghadiri kursus anjuran TH di Masjid Ar Rahimiah Klang, yang bermula pada 2 Disember 2017 hingga 24 Mac 2018, walaupun sebelum ini kami telah menghadiri dua kali kursus haji sebagai persediaan ke tanah suci. 

Sebagai menyambung pembelajaran menunaikan haji, TH menganjurkan Kursus Haji Intensif selama 2 hari pada 16 hingga 17 April 2018 (Isnin dan Selasa) di Dewan Masjid Raja Uda, Klang. semua kursus yang kami hadir adalah untuk meningkatkan kefahaman yang lebih mendalam untuk semua jemaah haji dalam persediaan menuju ke Makahtul Mukarramah semoga memperolehi haji yang mabrur

Persediaan ke Mekah kami dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Pandamaran, Pelabuhan Klang. Di klinik ini semua jemaah haji dikenakan pemeriksaan kesihatan dengan teliti dan kalau gagal satu pemeriksaan kelulusan tidak diberi, tetapi kami berdua dengan izin Allah lulus didalam semua pemeriksaan kesihatan termasuk suntikan meningitis (ACYW135). Terima kasih Ya Allah.

Seterusnya di acara kemuncak, kami berdua dijemput ke Kursus Haji Perdana diperingkat Negeri Selangor selama 2 hari pada 30 Jun dan 1 Julai 2018 iaitu hari Sabtu dan Ahad. Kami adalah diantara seramai 8 ribu bakal jemaah haji yang hadir didalam kursus perdana tersebut. Disini juga tabung haji telah mengaturkan mana-mana jemaah haji yang ingin mendapatkan suntikan tambahan boleh berbuat demikian iaitu suntikan influanza dan suntikan bagi mencegah radang paru-paru. Kedua-dua suntikan ini adalah bayaran persendirian, kami berdua mendapat kedua-dua suntikan yang dikenakan bayaran sebanyak RM180.00. 

Dibawah ini adalah latihan simulasi anjuran TH yang diadakan bagi persediaan bakal-bakal jemaah haji di perkarangan masjid Shah Alam, Selangor. Untuk makluman kami berdua adalah kumpulan Maktab 88.


Latihan melakukan tawaf bersama jemaah haji yang lain



pemandangan dari udara begitu ramai jemaah haji dalam kursus haji perdana



 Normah berjalan di atas rumput kerana jemaah terlalu ramai dan sesak

Kami berdua  Insya Allah berada di Tanah Suci selama 41 hari dan dijangka berangkat balik pada 22 September 2018. Doakan kami berdua semoga pergi dan balik dalam keadaan sihat dan wal'afiat  serta selamat dan mendapat Haji yang Mabrur. Insya Allah

Saturday, June 16, 2018

Selamat Hari Raya AidilFitri




Setelah genap kita berpuasa sebulan iaitu pada 15 Jun 2018 bersamaan 1 syawal 1439 kita menyambut Hari Raya Idilfitri. Sempena dengan itu saya sekeluarga mengucapkan selamat hari raya idilfitri, maaf zahir batin.

Kemalangan Jalanraya Yang Tidak Saya Ingini


Pada hari Ahad yang lepas tanggal 10 Jun 2018 semasa dalam perjalanan balik dari Melaka Ke Klang bersama keluarga setiba melalui di lebuhraya persekutuan berhadapan Avon sebuah kereta Mitshubisi Triton telah melanggar belakang kereta saya dan menghentam dengan kuat dan menyebabkan kereta saya terdorong dan melanggar kereta dihadapan saya iaitu kereta perodua axia. kejadian kecelakaan ini berlaku pada jam 3.30 petang. Di atas kemalangan ini menyebabkan kereta saya teruk dibahagian belakang seperti gambar dibawah.


Kereta Mitshubishi Triton yang melanggar kereta Toyota Vios saya


Ini rupanya keadaan kereta saya 


Ini dibahagian hadapan kesan melanggar kereta didepan



Saya bertanya kepada pemandu kereta seorang Pakistan yang melanggar kereta saya seperti lesen memandu di atas 'apa sudah terjadi dengannya', dia mengatakan bahawa dia tertidur dan kami bertiga membuat laporan di Balai Polis  Petaling Jaya. Di ringkaskan cerita kereta saya ditarik oleh 'on tow' untuk dibawa ke bengkel kereta di USJ dan tuntutan kepada insuran kereta yang melanggar kereta saya.

Saya bersyukur kepada Allah swt kerana dengan RahmatNya saya bersama keluarga beroleh didalam keadaan baik dan selamat.

Sunday, February 18, 2018

Kenangan bergambar

Pada awal tahun 2018 saya bersama isteri dan anak saya Nur Faezah berkesempatan melancong ke Singapura bersama dengan rombongan yang ingin melancong ke Pulau Temasek. Kenangan tersebut dirakamkan beberapa keping potret berikut:






Dan pada pertengahan bulan Januari saya bersama isteri menziarahi kakak ipar di hospital Telok Intan dan dalam perjalanan balik ke Klang  singgah di Restoran Nasi Bamboo Sg Klah 

 di hospital Telok Intan menunggu untuk masuk melawat


di hadapan restoran nasi bamboo Sg Klah Perak


Tuesday, February 06, 2018

Kemalangan Yang tak boleh saya lupakan

Pada hujung Januari iaitu tanggal 31 Januari 2018 bersamaan hari rabu adalah hari cuti umum sempena Thaipusam, jadi saya dan isteri mengambil kesempatan balik ke Melaka untuk menguruskan rumah yang dibeli oleh anak saya di Taman Tg Minyak Perdana, sementelah lagi cuti umum tersebut bersambung pada 1 Februari 2018 hari khamis sempena hari Wilayah, jadi isteri saya perlu mengambil cuti rehat hari jumaat sahaja untuk menyambung cuti sehingga hari ahad. 







Sebaik sahaja saya dan isteri tiba di melaka adik saya Osman meninggal dunia pada usia 67 tahun akibat kanser paru-paru dirumahnya setelah beberapa hari berada di Hospital Melaka. Jadi kami berdua pergi menziarahi arwah dirumahnya sehingga pengkebumian selepas solat asar, semuanya diuruskan oleh pihak pengurusan masjid Kg Gelam. Saya sekeluarga bersama keluarga arwah Osman mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengurusan masjid kerana menguruskan pemandian jenazah, solat jenazah sehingga pengkebumian selesai.

Oleh kerana di atas kematian adik saya itu, maka kami tangguhkan urusan rumah anak saya itu pada hari khamis sehingga selesai. setelah selesai kami berdua bercadang untuk balik ke Klang pada pagi jumaat 2 Februari 2018 kerana untuk urusan tabung haji dan keesokannya pada hari sabtu kami perlu menghadiri kursus haji di masjid Rahimiah Klang. Dalam perjalanan balik ke Klang melalui Lebohraya berhampiran dengan Dengkil tanpa saya sedar, saya tertidur semasa pemanduan, kami memasuki lorong tengah dan seterusnya memasuki lorong paling kanan dan melanggar pembahagian jalan akibatnya kereta saya remuk dibahagian kanan dari depan hingga ke pintu. (lihat gambar)








Dalam kemalangan tersebut saya bersyukur kepada Allah SWT kerana saya dan isteri saya dilindungi oleh Allah SWT didalam keadaan baik dan sihat, cuma isteri saya menghadapi trauma kesan daripada kemalangan berkenaan. Inilah pengalaman ngeri yang tak boleh saya lupakan sepanjang hayat saya.