Hari ini, 1 September 2021 jam 9.30 pagi, pertama kalinya pengurusan koperasi mengadakan mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (ALK) secara alam maya. Mesyuarat hari ini diadakan kerana hampir setahun koperasi tidak dapat mengadakan mesyuarat ALK termasuk Mesyuarat Agung Tahunan bagi penggal 2019/2020 yang telah ditetapkan pada 24 Oktober 2020 tahun lepas terpaksa dibatalkan ini disebabkan pandemik covid 19, dimana kerajaan telah menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang melarang merentas daerah dan negeri sehingga kini.
Setelah sekian lama tidak mengadakan mesyuarat, setiausaha mengambil inisiatif untuk mengadakan perjumpaan atas talian walaupun pada mulanya kurang mendapat sambutan kerana semua ALK adalah otai dan veteren yang mana IT mereka tidak berapa mahir seperti anak muda.
Walaupun demikian, mesyuarat tersebut adalah berjaya dan beberapa pandangan dan cadangan telah dikemukakan ekoran dari mesyuarat sebelum pendemik dikuatkuasakan pada tahun lepas.
Sebelum mengakhiri mesyuarat ini, semua ALK mengucapkan takziah kepada En Idlan atas kembali ayahanda beliau kerahmatullah iaitu Allahyarham Dato' Mohd Noor Zakaria pada 10 Ogos 2021 (bersamaan 1 Muharam 1443) dan mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang salehin dan beriman.
Mesyuarat di tamatkan pada jam 11.00 pagi dan akan diadakan pada masa yang akan ditetapkan kemudian.
Mohamad Maon, setiausaha.
No comments:
Post a Comment