Saturday, January 22, 2022

Menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Veteran 8 RAMD di Masjid Tanah, Melaka

1.   Pada 22 Januari 2022 Persatuan Veteran (PV) 8 RAMD telah mengadakan mesyuarat agung bagi kali ke 4 bertempat di Dewan Tan Sri Abu Seman Yusof Masjid Tanah Melaka. Saya yang mendapat undangan melalui whatsapp, telah menghadiri mesyuarat berkenaan bersama dengan isteri saya. Undangan tersebut meliputi bagi semua anggota yang pernah berkhidmat didalam rejimen ke 8 AMD. 

2.   Saya yang berkhidmat didalam 8 RAMD bermula pada bulan Jan 1969 selepas tamat latihan rekrut selama 6 bulan mulai 4 Julai 1968. Saya yang bertugas selama 7 tahun di 8 RAMD diarahkan bertukar bagi penubuhan 19 RAMD pada tahun 1976 di Sg Petani Kedah bersama rakan-rakan yang lain. Antara  rakan yang masih saya ingat iaitu saya, Syed Hussin, Alias Shafei, Zainuddin, Abdullah Bagong.

3.    Tujuan saya hadir mesyuarat berkenaan adalah utamanya ingin bertemu rakan-rakan lama semasa dalam perkhidmatan. Ada sebahagiannya yang masih ada lagi dan yang lain-lain khabarnya telah kembali ke Rahmatullah (Al-Fatihah kepada mereka).  Pada peringkat ini, rata-rata mereka telah mencapai usia 'seven series'. Alhamdulillah. Dalam mesyuarat tersebut kebanyakan anggota tersebut adalah anggota-anggota baru yang tidak saya kenali.

4.     Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh Mej Jen Datuk Zainal Abidin Said yang merupakan bekas pegawai 8 RAMD. 


5.    Dalam mesyuarat ini juga selain mengadakan perbincangan dan mendapat idea dari ahli-ahli, ia juga berjaya untuk menyatukan pesara-pesara lama dan baru dalam satu majlis walaupun rengkas tetapi ianya memberi makna yang sungguh sentimental. 

6.   Akhir kata,terima kasih dan tahniah kepada Pengerusi dan AJK PV 8 RAMD.


Mohamad bin Maon, bekas anggota 8 RAMD

No comments: