Saturday, December 31, 2022

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2023

Setelah setahun berlalu dalam tahun 2022, kini tiba masanya kita menyambut kedatangan tahun baru 2023, rasanya, masanya berlalu begitu cepat tanpa kita sedari, hari-hari berlalu begitu sahaja seiring dengan usia kita pun bertambah.

Apabila datangnya tahun baru, setiap orang diantara kita akan mempunyai satu keazaman yang tinggi, yang mana mungkin boleh dilaksanakan atau sebaliknya akan tetap berazam walaupun sekecil- kecil azam tetapi tetap akan mempunyai azam.

Setiap orang bercita-cita dan berharap tahun 2023 akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, mudah-mudahan

Insya'Allah.

Koperasi Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke 12

Pada 29 Oktober 2022, Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 12 bertempat di Tkt 1, Sila Tour Travel Agency, Plaza Pekeliling, Jalan Ipoh. Kuala Lumpur. sebenarnya mesyurat ini telah dijadualkan akan diadakan  pada 25 Oktober 2019 disebabkan Covid 19 melanda seluruh negara, maka kerajaan telah menguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 2 tahun, ini bermakna dalam tempoh tersebut koperasi tidak mengadakan sebarang aktiviti.

Dalam meyuarat tersebut, seramai 20 anggota koperasi telah hadir, tetapi malangnya wakil bagi pihak SKM tidak hadir walaupun koperasi telah membuat jemputan secara peribadi.  Walaupun pihak SKM tidak hadir mesyuarat  tersebut berjalan dengan lancar.

Pada mesyuarat berkenaan majlis tidak meluluskan penyata kewangan koperasi, kerana terdapat percanggahan angka-angka didalam penyata tersebut. Oleh itu majlis meminta supaya Juru audit SKM dapat menyemak dan membetulkan penyata berkenaan untuk kelulusan pada tahun berikutnya.

Didalam mesyuarat kali ini, koperasi mengadakan pemilihan bagi ALK dan juga menggantikan ALK yang telah meninggal dunia. Senarai ALK bagi sesi 2022/23 adalah seperti berikut:-

Pengerusi - En. Mohd Khairul Idlan bin Mohd Noor 

Setiasaha - En. Mohamad bin Maon

Bendahari - Hj. Ahmad Bakri bin Mohd Zahir

ALK     - Hj. Ibrahim bin Mohamed

             - Hj, Johari bin Sharif

             - En Basharuddin bin Abdullah

             - N. Manohara

             - Hj Sahruddin bin Abdullah Sani

             - En Hamzah bin Redza

             - Puan Normah binti Sarkawi

             - Puan Nurul

             - Cik Nur Faezzah binti Mohamad


Wednesday, August 17, 2022

Menyambut Hari Kelahiran Yang Ke 73 Tahun



Semalam pada 16 Ogos 2022 adalah sambutan hari jadi aku ke 73 tahun diamana aku dilahirkan pada 16 Ogos 1949 di Melaka. Sepanjang menempuh hidup selama 73 tahun banyak pengalaman pahit dan manis telah dirasai, Berikut adalah catatan sejarah yang telah dilalui

Tahun 1956 hingga tahun 1961 - Masuk persekolahan darjah satu hingga darjah enam di Sek Kg Gelam, Melaka, Pada akhir tahun dalam darjah enam mengambil peperiksaan untuk ke Sekolah Menengah dan lulus dimasukkan ke Sekolah Menengah Gajah Berang, Melaka dalam 'remove class' kerana peralihan ke Kelas Bahasa Inggeris. Tetapi tidak masuk ke sekolah tersebut kerana mengikuti bapa ke Singapura disebabkan tiada penjagaan di kampong.

Tahun 1962 masuk sekolah dalam darjah 6 penggal kedua di Sek Sepoy Line Singapura.

Tahun 1963 masuk sekolah menengah Mon'k Hill Secondary School, Bukit Timah Singapura hingga tahun 1966 dari Men satu hingga Men 4

Tahun 1966 balik Melaka setelah tamat persekolahan, kerja kampong, masuk pertubuhan belia dan tahun 1967 mengikut kursus tarian dan drama di Pusat Latihan Belia, Pertak, Kuala Kubu Bahru, Selangor.

Tahun 1968 masuk perkhidmatan tentera dan melalui latihan rekrut pada 4 Julai 1968 hingga 4 Januari 1969 selama 6 bulan di Port Dickson Negeri Sembilan

Selepas tamat latihan pada Januari tahun 1969 di 'posting' ke Batalion ke 8 RAMD di Sg Besi KL. pada Mac 1969 di tugaskan di Sarawak di tempatkan di Semenggo Kem, Kuching selama 3 tahun. Tahun 1972 BN 8 Ramd di tukarkan di Kem Trendak Melaka, 

Tahun 1976 di tukarkan ke Sg Petani Kedah  bersama dengan 6 orang  dari platon Semboyan kerana untuk 'form-up' Bn ke 19 RAMD

Tahun 1978 (4 Julai) berhenti dari perkhidmatan Tentera setelah berkhidmat selama 10 tahun. sebelum 6 bulan perkhidmatan tamat, aku mengikuti kursus peralihan selama 6 bulan di Pusat Pertanian Sg Udang Melaka.

Tahun 1979, memulakan perkhidmatan baru di alam 'civilian' Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Mersing selama 9 bulan. Penghujung tahun 1979 memasuki perkhidmatan Lembaga Letrik Negara (LLN)  ditugaskan di Ibu Pejabat KL, tahun 1990 LLN dijadikan swasta atas nama Tenaga Nasional Berhad (TNB) sehingga aku bersara dari TNB pada tahun 2005 pada usia 56 tahun.

Semasa dalam perkhidmatan TNB aku menyambung pelajaran di peringkat Diploma dan peringkat Master kemudiannya. 

Pada ketika ini  semasa menulis blog, aku sudah bersara selama 17 tahun.  Kini aku berehat sepenuhnya sebagai seorang pesara. Alhamdulillah, Amin

Mohamad bin Maon 

17 Ogos 2022 (rabu) bersamaan 12 Muharram 1444 H

Tuesday, August 16, 2022

Perjumpaan dengan Pegawai SKM

Pada 11 Ogos 2022 saya bersama Idlan selaku Pengerusi Interim telah pergi ke Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi mendapatkan Penyata Kewangan Koperasi yang sudah di Audit dan membuat pertemuan dengan pegawai yang menguruskan koperasi iaitu Puan Iza Fithrah binti Mohd Nor. 

Dalam perjumpaan tersebut banyak perkara yang dibincangkan antaranya:

1. Untuk mengadakan mesyuarat agung yang tertunda disebabkan pandemik (PKP)

2.  Mengwujudkan bisnes koperasi kredit

3.  Pindaan kepada beberapa fasal dalam UUK 

4.  Pindaan kepada nama koperasi yang lebih luas lagi bidang dan skopnya.

Jelas Puan Iza bahawa tiga perkara di atas memerlukan kertas kerja dan perlu mendapat kelulusan dari pihak SKM.




Gambar di atas adalah perbincangan diantara kami berdua dengan puan Iza 

Friday, July 29, 2022

Umat Islam Menyambut Awal Muharram (Tahun Baru Islam) pada 30 Julai 2022

Esok 30 Julai 2022 (sabtu) Umat Islam seluruh dunia akan menyambut dan meraikan kedatangan tahun baru Islam 1444 Hijriah (Awal Muharram) dan kita akan ucapkan selamat tinggal tahun hijrah 1443. 

Semoga dengan kedatangan tahun baru hijrah akan membuka lembaran baru kita dengan satu keazaman untuk meningkatkan amalan harian kita. Insya' Allah.

SELAMAT TAHUN BARU ISLAM (AWAL MUHARRAM)

Sunday, May 01, 2022

Umat Islam Sambut Aidilfitri Esok (2 Mei 2022)

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Syed Danial Syed Ahmad melalui siaran langsung di televisyen mengumumkan bahawa seperti berikut,

"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 2 Mei 2022," katanya.

Dengan pengumuman tersebut umat Islam Malaysia akan menyambut hari raya aidilfitri pada hari Isnin pada 2 Mei 2022 bersamaan 1 syawal 1443 H. 

Oleh itu,  kepada semua sahabat handai dan rakan taulan yang mengenali diri saya, saya mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir batin.

Ikhlas dari saya,

Mohamad Maon.


Saturday, April 02, 2022

Umat Islam Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1443 H pada 3 April 2022

Tanggal 3 April 2022 (Ahad) bersamaan 1 Ramadhan 1433, semua umat Islam seluruh dunia akan menyambut Ramadhan Al Mubarak dengan berpuasa sebulan. Alhamdulillah bulan yang sangat dinanti-nantikan kini datang lagi. Bulan yang penuh dengan rahmat dan barakah. 

Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 183

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” [QS. Al-Baqarah (2): 183]

Sempena menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah, marilah kita amalkan sebagaimana amalan-amalan sunnah pada bulan Ramadhan yang dilakukan Rasulullah saw ketika hayatnya.  Dua Belas (12) Amalan Sunnah Bulan Ramadhan Dari Rasulullah SAW

Berikut ini adalah amalan-amalan yang dianjurkan selama bulan Ramadhan sesuai sunnah Rasulullah saw:

 

1. Menyegerakan Berbuka Puasa - Apabila telah datang waktu berbuka puasa, hendaklah menyegerakan berbuka, kerana didalamnya terdapat banyak kebaikan. Rasulullah saw bersabda :

     “Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (HR. al-              Bukhari dan Muslim)

 

2.     Melaksanakan Makan Sahur - Daripada Amru bin al-Aas RA bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.” (HR. Muslim).  “Makan sahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu terdapat barakah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

 

3.       Membaca Al-Qur’an (Tilawah) - Ayat Al-Qur’an diturunkan pertama kali pada bulan Ramadhan. Maka tidak hairan jika Rasulullah saw sering dan lebih banyak membaca Al-Qur’an di bulan Ramadhan dibandingkan di bulan-bulan lain. Imam Az-Zuhri berkata, “Apabila datang Ramadhan, maka kegiatan utama kita selain berpuasa adalah membaca Al-Qur’an.” Bacalah dengan tajwid yang baik dan tadabburi, fahami, dan amalkan isinya. Insya Allah, kita akan menjadi insan yang barakah.

 

4.     Memberikan Makanan Berbuka Puasa (Ith’amu ath-tha’am) - “Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (Shahih Nasa’i dan Tirmidzi)

 

5.  Berdakwah - Jangan sia-siakan kehadiran Ramadhan kali ini. Sepanjang bulan Ramadhan kita punya kesempatan berdakwah kerana pastinya suasana Ramadhan sudah sangat terasa dimana-mana dan setiap orang siap menerima nasihat. 

    “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh             kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung”              (QS. Al-Imran [3] : 104

       Namun pastikan jika kita memberi nasihat haruslah ada dalilnya. Sesuai dengan sabda Rasulullah        saw: “Barangsiapa menunjukki kebaikan, baginya pahala sebagaimana orang yang mengamalkan               nya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikitpun.”

 

6.       Solat Tarawih (Qiyamul Ramadhan) - Ibadah sunnah yang khas di bulan Ramadhan adalah solat tarawih (qiyamul ramadhan). Yang paling penting diingat ialah solat tarawih mesti dapat dilakukan walau di rumah sekali pun. Rasulullah saw pernah merasa khawatir kerana takut solat tarawih dianggap menjadi solat wajib kerana semakin hari semakin banyak yang ikut solat berjemaah di masjid sehingga beliau akhirnya melaksanakan solat tarawih sendiri di rumah.

 

7.     I’tikaf - Inilah amaliyah Ramadhan yang selalu dilakukan Rasulullah saw. I’tikaf adalah berdiam diri di masjid dengan niat beribadat kepada Allah SWT. Abu Sa’id Al-khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. pernah beri’tikaf pada awal Ramadhan, pertengahan Ramadhan, dan paling sering di 10 hari terakhir bulan Ramadhan.

 

8.    Lailatul Qadar - Dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang istimewa: lailatul qadar, malam yang penuh barakah. Malam itu nilainya lebih daripada seribu bulan. Rasulullah saw amat berjaga-jaga untuk boleh meraih lailatul qadar. Maka, Beliau menyuruh kita mencarinya di malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Kenapa? Kerana, “Barangsiapa yang solat pada malam lailatul qadar berdasarkan iman dan ihtissab, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” Begitu sabda Rasulullah SAW. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

 

9.  Umrah - Jika Anda punya rezeki cukup, pergilah umrah di bulan Ramadhan kerana pahalanya berlipat kali ganda. Rasulullah saw. berkata kepada Ummu Sinan, seorang wanita Ansar, agar apabila datang bulan Ramadhan, hendaklah ia melakukan umrah, kerana nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah saw. (HR. Bukhari dan Muslim)

 

10. Bertaubat - Selama bulan Ramadhan, Allah SWT membukakan pintu ampunan bagi seluruh hambanya. Kerana itu, bulan Ramadhan adalah kesempatan emas bagi kita untuk bertaubat kembali ke fitrah kita. Lakukanlah solat sunat taubat dan banyakkan istighfar.

 

11.   Zakat Fitrah - Zakat fitrah wajib dibayar sebelum hari Ramadhan berakhir oleh umat Islam, baik lelaki dan perempuan, dewasa mahupun kanak-kanak. Tujuannya untuk mensucikan orang yang melaksanakan puasa dan untuk membantu fakir miskin.

 

12. Sedekah - Ibnu Abbas ra, berkata : “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Qur’an, Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan.

Itulah beberapa amalan ibadah mulia yang diajarkan oleh Nabi besar kita Rasulullah saw pada bulan Ramadhan. Semoga kita dapat mengerjakan semua amalan ibadah tersebut dengan niat ikhlas dan mengharap redha hanya dari Allah SWT Amin. Wallahu alam

 Rasulullah saw ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus. (HR Bukhari dan Muslim) Hadits ini diriwayatkan pula oleh Ahmad dengan tambahan: “Dan beliau tidak pernah dimintai sesuatu kecuali memberikannya. “

 

Friday, April 01, 2022

2 Orang Ahli Lembaga Koperasi Dalam Kenangan

1. Sejak pandemik covid 19 melanda negara dan diseluruh dunia pada tahun 2020, maka segala aktiviti terhenti kerana kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah merebaknya wabak berkenaan, ini termasuklah aktiviti koperasi dimana koperasi tidak dapat mengadakan mesyurat ALK dan juga mesyuarat agong tahunan.

2. Didalam masa PKP, 2 orang anggota ALK koperasi telah kembali ke rahmatullah iaitu Pengerusi Dato Hj. Mohd. Noor bin Zakaria pada 10 Ogos 2021 dan ALK Dr. Hj. Omar bin Hj. Sirat pada 25 Disember 2021. 



Gambar di atas kenangan bersama Dato Hj Mohd. Noor bin Zakaria (ditengah) ketika mesyuarat koperasi dari kiri Hj Ibrahim bin Mohamed, Mohamad bin Maon, Allahyarham Dato' Mohd, Noor, Basharuddin bin Abdullah dan Johari bin Sharif


Gambar di atas adalah kenangan bersama dengan Allahyarham Dr. Hj. Omar bin Sirat yang duduk dikanan sekali sebelum memulakan mesyuarat koperasi yang telah kembali ke Rahmatullah pada 25 Disember 2021.

3. Kami bagi pihak ALK mendoakan moga Allahyarham Dato Hj. Mohd. Noor dan Allahyarham Dr. Hj. Omar ditempatkan dikalangan para salehin dan kalangan orang yang beriman..Al Fatihah...

Setiausaha, Mohamad bin Maon

Saturday, January 22, 2022

Menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Veteran 8 RAMD di Masjid Tanah, Melaka

1.   Pada 22 Januari 2022 Persatuan Veteran (PV) 8 RAMD telah mengadakan mesyuarat agung bagi kali ke 4 bertempat di Dewan Tan Sri Abu Seman Yusof Masjid Tanah Melaka. Saya yang mendapat undangan melalui whatsapp, telah menghadiri mesyuarat berkenaan bersama dengan isteri saya. Undangan tersebut meliputi bagi semua anggota yang pernah berkhidmat didalam rejimen ke 8 AMD. 

2.   Saya yang berkhidmat didalam 8 RAMD bermula pada bulan Jan 1969 selepas tamat latihan rekrut selama 6 bulan mulai 4 Julai 1968. Saya yang bertugas selama 7 tahun di 8 RAMD diarahkan bertukar bagi penubuhan 19 RAMD pada tahun 1976 di Sg Petani Kedah bersama rakan-rakan yang lain. Antara  rakan yang masih saya ingat iaitu saya, Syed Hussin, Alias Shafei, Zainuddin, Abdullah Bagong.

3.    Tujuan saya hadir mesyuarat berkenaan adalah utamanya ingin bertemu rakan-rakan lama semasa dalam perkhidmatan. Ada sebahagiannya yang masih ada lagi dan yang lain-lain khabarnya telah kembali ke Rahmatullah (Al-Fatihah kepada mereka).  Pada peringkat ini, rata-rata mereka telah mencapai usia 'seven series'. Alhamdulillah. Dalam mesyuarat tersebut kebanyakan anggota tersebut adalah anggota-anggota baru yang tidak saya kenali.

4.     Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh Mej Jen Datuk Zainal Abidin Said yang merupakan bekas pegawai 8 RAMD. 


5.    Dalam mesyuarat ini juga selain mengadakan perbincangan dan mendapat idea dari ahli-ahli, ia juga berjaya untuk menyatukan pesara-pesara lama dan baru dalam satu majlis walaupun rengkas tetapi ianya memberi makna yang sungguh sentimental. 

6.   Akhir kata,terima kasih dan tahniah kepada Pengerusi dan AJK PV 8 RAMD.


Mohamad bin Maon, bekas anggota 8 RAMD