Monday, August 21, 2023

Berlibur dengan isteri Normah Negeri Dibawah Bayu

Pada mulanya kami tidak merancang untuk berlibur dimana-mana kerana kami baru sahaja balik dari perjalanan ke Selatan Thai. Tiba-tiba isteriku merancang untuk meraikan sempena hari kelahiran ku yang ke 74 tahun pada 16 Ogos 2023 yang lalu dan mengajak ku berlibur di Sabah yang mana pemergian kesana ditaja olehnya. Secara kebetulan ada pakej pelancungan Jendela Asia ada membuat pakej melancung ke Sabah pada tarikh tersebut iaitu 16 Ogos hingga 19 Ogos 2023, kebetulan tarikh melancung jatuh pada hari lahir saya, jadi kami tempah pada tarikh berkenaan.

Hari pertama: KK - Kundasang

Hari kedua : Kundasang - KK

Hari Ketiga: Pulau Manukan

Hari Keempat: KK - KL

             Jeti Pulau Manukan dalam siri melancung di Pulau Pelancungan


 
                       bergambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu



bermalam di chalet ini di Kundasang, udaranya sejuk


ke Ladang Ternak Susu Lembu Kundasang


memberi minum susu kepada anak lembu


berphoto diatas Jambatan Tamparulli

Pada tarikh berkenaan 16 Ogos 2023, jam 11.30 pagi kami berdua pun terbang ke Sabah dengan kumpulan seramai 7 orang yang mana tour leader cik Idayu bersama dengan ibunya berserta dengan dua orang anaknya dengan penerbangan 'Batik Air'. penerbangan memakan masa selama 2 jam 30 minit.


bersantai di Pulau Manukan


Rumah Terbalik


 kereta pameran di Rumah Terbalik

Itulah sekelumit kisah saya dan Normah, melancung ke Sabah dalam masa 2 hari 3 malam, tanggal 16 Ogos 2023 hingga 19 Ogos 2023.

Sekian, terima kasih. Insya'Allah berjumpa penghujung bulan Ogos ke Langkawi.

Thursday, August 03, 2023

Melancung ke Satun, Songkhla, Hatyai dan Danok Thailand

Bagi mengisi masa lapang, kami tiga beranak, isteriku Normah dan anak ku Anis merancang untuk berlibur ke Thailand pada 28 - 31 Julai 2023 yang lalu dengan menaiki bas pelancung Percutian Caravanserai  Holiday. Perjalanan dari KL bergerak pada jam 9 malam, memakan masa untuk sampai ke sempadan Malaysia/Thai selama 8 jam perjalanan. Sebelum meneruskan perjalanan, bas singgah di Masjid Padang Besar untuk bersolat subuh, selesai solat bas bergerak dan singgah di Wang Kelian untuk berswaphoto.

Pada hari pertama, dari sempadan Thailand terus ke Tamalang makan tengah hari di atas boat dan dari situ berziarah ke Pusat Tahfiz dan menjadi jurucakap untuk menyampaikan sumbangan dari kumpulan kami kepada Mudir Tahfiz. 

bergambar dengan Mudir Pusat Tahfiz selepas penyampaian sumbangan

anak-anak pusat Tahfiz menyambut kedatangan kami dengan selawat Nabi saw

Pada hari kedua, ke Pantai Shamila terkenal dengan objek Ikan duyung, selepas dari itu, kami bergerak makan 'steamboat' dan berjalan disekitarnya dan 'window shopping'.

di pantai Shamila Patung Ikan Duyung 



menikmati makan steam boat


menikmati jamuan diatas boat sambil dipersekitaran dengan iringan burung helang

Pada 31 Julai, bas berangkat balik ke Malaysia. Pada keseluruhan perjalanan ke 4 tempat di Thailand, sungguh menghiburkan dengan pemandangan yang indah sepanjang perjalanan ke Satun, Songkhla, Hatyai dan Danok.

Rombongan terdiri dari Normah dan Anis



termasuk Bibi, Soate dan Hasni

Insya'Allah jika ada kelapangan, kami akan datang lagi ke tempat-tempat ini dimasa-masa akan datang.

Terima kasih pada Ila pemandu pelancung yang ramah mesra sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Malaysia ke Thailand.