Sunday, July 30, 2006

Next Reunion

Pada 19 & 20 Julai 2006 '1st Reunion' pesara keselamatan yang telah diadakan diKondomunium TNB Port Dickson, telah beroleh dengan jayanya, walaupun sambutan dari warga pesara kurang menggalakkan, namun ianya telah meninggalkan seribu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Mana mungkin kita boleh berjumpa sahabat handai yang satu ketika dahulu sama-sama bertugas, kalau tidak reunion ini mungkin kita tidak dapat berjumpa, kerana setiap pesara mempunyai aktiviti mereka sendiri. Namun demikian, kita rasa bersyukur kepada Allah, kerana diberi peluang untuk mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa. Insya'Allah.

Untuk makluman warga pesara, saya ada menerima cadangan yang meminta supaya anggota keselamatan yang sedang bertugas berumur 50 tahun dan telah menerima pencen dianggap sebagai pesara dari LLN. Setelah meneliti cadangan yang dikemukakan, saya rasa cadangan tersebut ada 'rasional'nya. Oleh itu reunion akan datang, warga kerja keselamatan yang berusia 50 tahun ke atas akan dijemput untuk menyertainya reunion ini bersama dengan warga pesara yang lain. Saya akan cuba untuk mendapatkan senarai warga kerja keselamatan yang berumur 50 tahun ke atas.

Sekian, berita gembira untuk warga kerja keselamatan yang sedang bertugas.

Mohamad Maon

Saturday, July 22, 2006

Nama Pesara & No Telefon

1. Hj. Ahmad Rusli bin Hj. Ibrahim - 012-3843704
2. Hj. Mohd. Hanafi bin Hj. Hassan - 017-8849100
3. Hj. Kamaruddin bin Imas - 016-4304471
4. K. Murugesu - 03-33724200
5. Hj. Zainuddin bin Mat Dawi - 017-8802449
6. Hj. Ibrahim bin Lebai Omar - 019-6368959
7. Hj. Sufian bin Ibrahim - 016-3805804
8. Hj. Ibrahim bin Mohamed - 013-4357387
9. Hj. Adanan bin Kasian - 012-7249554
10. Hj. Ahmad Bakri bin Mohd. Zahir - 013-7731309
11. Tan Baba - 016-2228038
12. Mohd. Noor bin Zakaria - 012-3355037
13. Kamaruzzaman bin Ahmad - 017-3983147
14. Hj. Hassan bin Deraman - 016-6253495
15. Basharuddin bin Abdullah - 013-6068475
16. Hj. Kastawi bin Kasan - 06-9766486
17. Basarah bin Satimin - 012-6174120
18. Mohamad bin Maon - 013-3480294
19. Hj. Aris bin Tayib - 013-3388771
20. Vong Kim Tian - 019-6572071
21. Hj. Mohd. Aris bin Abd. Rahman - 012-6094862
22. Hj. Abdullah bin Bidru - 03-90582187
23 Abdullah bin Kulob Mohamed - 06-9766839
24. Yaakob bin Surati - 016-5906971
25. Mohd. Nalif bin Shamsuddin - 03-78739243/019-2278987
26. Abd. Wahab bin Alias - 012-6790216
27. Johari bin Sharif - 019-6760839
28. Roslan bin Shaari - 019-5493862
29. Musa bin Kulup Mumpi - 013-3464071
30. G. Bala - 016-5281108
31. Ahmad Nasir bin Idris - 017-2240460
32. Hj. Sahar bin Tahir - 06-3353414
33. Abd. Razak bin Khalid - 013-7794854
34. Hamzah bin Redza - 017-6045341
35. Shahruddin bin Abdullah Sani - 013-9831877

Senarai Pesara Hadir '1st Reunion'

Hadir dengan keluarga

1. Hj. Ahmad Rusli bin Hj. Ibrahim - Pahang
2. Hj. Hassan bin Deraman - Wilayah Persekutuan
3. Basharuddin bin Abdullah - Selangor
4. Johari bin Sharif - Wilayah Persekutuan
5. Ab. Karim bin Jaafar - Johor
6. Hj. Sufian bin Ibrahim - Wilayah Persekutuan
7. Shahruddin bin Abdullah Sani - Pahang
8. Mohamad bin Maon - Wilayah Persekutuan

Hadir tanpa keluarga

9. Hj. Mohd. Aris bin Abd. Rahman - Melaka
10. Hj. Ibrahim bin Lebai Omar - Wilayah Persekutuan
11. Hj. Ibrahim bin Mohamed - Perak
12. Mohd. Noor bin Zakaria - Selangor
13. Hj. Adanan bin Kasian - Johor
14. Hj. Ahmad Bakri bin Mohd. Zahir - Johor
15. Kamaruzzaman bin Ahmad - Negeri Sembilan
16. Vong Kim Tian - Johor
17. Hj. Sahar bin Tahir - Melaka
18. Hamzah bin Redza - Negeri Sembilan
19. Ab. Razak bin Khalid - Johor

Jemputan

20. Dato’ Hj. Nordin bin Ismail
21. Zubir bin Daharun
22. Hashim (Agro Base)
23. Kamalzaman bin Yusof

Friday, July 21, 2006

Sedutan Ucapan Pengerusi Pengelola Sdr. Mohamad Maon

Terlebih dahulu saya mengalu-alukan kehadiran YBhg. Dato, tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis reunion pesara-pesara keselamatan di kondominium TNB Port Dickson Negeri Sembilan.

Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurnianya, perancangan untuk mengadakan reunion pertama kali bagi pesara-pesara keselamatan dapat dijayakan.

Walaupun kehadirannya tidak seramai yang dijangka tetapi ia memberikan satu komitmen betapa pentingnya pertemuan sebegini rupa dapat diadakan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. Pada mulanya, kita mendapat ‘feedback’ yang sungguh menggalakkan, tetapi keadaan yang tidak membenarkan mereka-mereka ini hadir disebabkan beberapa faktor iaitu keuzuran, urusan peribadi, persekolahan anak, menjaga cucu dan sebagainya.

Untuk makluman hadirin, perancangan mengadakan reunion ini adalah ilham daripada Tuan Hj. Sufian bersama saya. Ianya juga dicetuskan oleh rakan-rakan sepersaraan dengan saya dimana mereka meminta saya menguruskan supaya anggota keselamatan yang bersara dapat dikumpulkan dan ditemukan semula.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, ramai diantara sahabat-sahabat kita yang sama-sama bertugas satu ketika dulu, kini sudah tiada bersama kita lagi, mereka terlebih dahulu telah kembali ke Rahmatullah. Samaada mereka yang kembali ke Rahmatullah semasa dalam perkhidmatan atau selepas bersara. Ada juga diantara sahabat kita yang selepas sahaja bersara, kesihatannya mula terganggu. Bagi mereka-mereka ini, saya berdoa semoga mereka beroleh kesihatan dan kesejahteraan sehingga akhir hayat. Insya’Allah.

Dato’ tuan-tuan dan puan-puan,

Mengimbas kembali kenangan lalu, saya bersama tuan-tuan sesungguhnya merasa bertuah kerana kita menjadi sebahagian daripada warga kerja sebuah syarikat utiliti yang terunggul di negara kita iaitu LLN dan kemudian menjadi TNB. Walaupun bidang dan profeyen kita berbeza dengan warga kerja yang lain, tetapi profesyen keselamatan adalah satu profesyen yang mencabar dan menguji ketahanan fizikal dan mental kita. Kerana kita adalah pengamal dan melaksanakan undang-undang bagi pihak pengurusan. Sebab itulah kita dikatakan sebagai ‘front liner’ (barisan hadapan).

Sepanjang perkhidmatan, kita telah berkhidmat dan mencurah bakti kepada syarikat, bangsa, ugama dan negara. Perkhidmatan kita adalah sebagai lambang keteguhan semangat dan kesetiaan kita kepada syarikat. Dalam tempoh tersebut kita telah bersama-sama dan melalui berbagai-bagai pengalaman pahit-manis, suka-duka dan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Oleh itu, biarlah kenangan dan pengalaman tersebut menjadikan kita lebih matang untuk mengharungi kehidupan di alam persaraan.

YBhg. Dato, tuan-tuan dan puan-puan

Berbalik kepada reunion, saya berharap pertemuan ini akan memberikan manfaat kepada kita semua, kerana sekiranya ada dikalangan kita yang ingin mengadakan walimahtul urus anak mereka, sila menghubungi kita dan kita bersama-sama akan meraikannya. Begitu juga, jika ada diantaranya yang mendapat musibah, kita bersama-sama untuk menziarahi. Jadi, ini bermakna kita akan memberi perhatian kepada warga pesara, itu pun jika maklumat yang dapat kita terima.


Saya berharap reunion ini adalah menjadi satu titik permulaan untuk kita mengadakan perjumpaan yang berterusan dimasa-masa akan datang kerana perjumpaan seperti ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim kita yang sedia terjalin dapat dikekalkan, Insya’Allah.

Sunday, July 16, 2006

Sukaneka Sempena Reunion Pesara Keselamatan TNB

Sempena Reunion pesara-pesara keselamatan TNB pada 19 Julai 2006, satu majlis makan malam akan diadakan di Gazebo Kondominium TNB Port Dickson jam 8.00 malam. Aturcara majlis tersebut adalah ucapan alu-aluan oleh Sdr. Mohamad Maon selaku Pengerusi Penganjur dan diikuti dengan ucapan oleh YBhg. Tuan Hj. Ahmad Rusli Hj. Ibrahim 'former Bos' Perkhidmatan Keselamatan TNB. Bagi selingan aturcara majlis tersebut selain dari menikmati jamuan, diadakan cabutan nombor bertuah. Dimana hadiah-hadiah adalah berupakan barang elektrik yang disumbangkan oleh pihak penaja.

Pada 20 Julai 2006, bermula jam 9.30 pagi diadakan sukaneka warga pesara. Diantara acara sukaneka seperti memasukan benang didalam jarum, anyaman ketupat, mencari harta karun sambutlah sayang, mengopek kerang sebelah tangan, tiup belon dan lain-lain lagi. Hadiah-hadiah bagi acara ini sungguh lumayan. Semoga dengan adanya pertemuan seperti ini ia akan meninggalkan satu kenangan manis yang tidak akan dapat dilupakan. Insya'Allah.

Sekian, Mohamad Maon menulis untuk berita pesara keselamatan.

Friday, July 14, 2006

'1st Reunion' Pesara-Pesara Keselamatan TNB


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakahtuh..dan salam sejahtera

Pada 19 dan 20 Julai 2006, anggota kerja keselamatan TNB yang sudah bersara akan mengadakan 'reunion' di Kondominium TNB Port Dickson. Reunion ini yang julung-julung kali diadakan adalah bertujuan untuk merapatkan dan mempertemukan semula warga kerja keselamatan yang telah bersara.

Diharap dengan adanya perjumpaan dan pertemuan ini akan mengimbas kembali nostalgia, ketika berkhidmat di dalam satu pasukan pada satu ketika dahulu dan juga semoga ianya menjadi satu titik permulaan untuk mengadakan perjumpaan yang berterusan dari masa ke masa kerana pertemuan ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin.

Reunion ini adalah atas daya usahasama saya dengan Tuan Hj. Sufian Ibrahim. Ambillah kesempatan ini, bertanya khabar, bersalam dan bermesra diantara kita, semoga ianya akan memberikan manfaat dan diberkati oleh Allah SWT.

Sekian, salam mesra dari saya,

Mohamad bin Maon
Pengerusi Penganjur Reunion Pesara Keselamatan TNB

Jika ada sebarang berita yang ingin dimuatkan dan dikongsi bersama, amatlah dialu-alukan. Email - mohamadmaon@yahoo.com