Friday, July 14, 2006

'1st Reunion' Pesara-Pesara Keselamatan TNB


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakahtuh..dan salam sejahtera

Pada 19 dan 20 Julai 2006, anggota kerja keselamatan TNB yang sudah bersara akan mengadakan 'reunion' di Kondominium TNB Port Dickson. Reunion ini yang julung-julung kali diadakan adalah bertujuan untuk merapatkan dan mempertemukan semula warga kerja keselamatan yang telah bersara.

Diharap dengan adanya perjumpaan dan pertemuan ini akan mengimbas kembali nostalgia, ketika berkhidmat di dalam satu pasukan pada satu ketika dahulu dan juga semoga ianya menjadi satu titik permulaan untuk mengadakan perjumpaan yang berterusan dari masa ke masa kerana pertemuan ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin.

Reunion ini adalah atas daya usahasama saya dengan Tuan Hj. Sufian Ibrahim. Ambillah kesempatan ini, bertanya khabar, bersalam dan bermesra diantara kita, semoga ianya akan memberikan manfaat dan diberkati oleh Allah SWT.

Sekian, salam mesra dari saya,

Mohamad bin Maon
Pengerusi Penganjur Reunion Pesara Keselamatan TNB

Jika ada sebarang berita yang ingin dimuatkan dan dikongsi bersama, amatlah dialu-alukan. Email - mohamadmaon@yahoo.com

No comments: