Sempena Reunion pesara-pesara keselamatan TNB pada 19 Julai 2006, satu majlis makan malam akan diadakan di Gazebo Kondominium TNB Port Dickson jam 8.00 malam. Aturcara majlis tersebut adalah ucapan alu-aluan oleh Sdr. Mohamad Maon selaku Pengerusi Penganjur dan diikuti dengan ucapan oleh YBhg. Tuan Hj. Ahmad Rusli Hj. Ibrahim 'former Bos' Perkhidmatan Keselamatan TNB. Bagi selingan aturcara majlis tersebut selain dari menikmati jamuan, diadakan cabutan nombor bertuah. Dimana hadiah-hadiah adalah berupakan barang elektrik yang disumbangkan oleh pihak penaja.
Pada 20 Julai 2006, bermula jam 9.30 pagi diadakan sukaneka warga pesara. Diantara acara sukaneka seperti memasukan benang didalam jarum, anyaman ketupat, mencari harta karun sambutlah sayang, mengopek kerang sebelah tangan, tiup belon dan lain-lain lagi. Hadiah-hadiah bagi acara ini sungguh lumayan. Semoga dengan adanya pertemuan seperti ini ia akan meninggalkan satu kenangan manis yang tidak akan dapat dilupakan. Insya'Allah.
Sekian, Mohamad Maon menulis untuk berita pesara keselamatan.
No comments:
Post a Comment