Wednesday, December 21, 2016

Ke Palembang Indonesia bersama Trip Ustaz Ismi (Darul Mubarak)

Sebenarnya saya dah terlewat nak postingkan blog ini, kerana dah terlupa disebabkan banyak aktiviti yang diberi keutamaan, seperti mengadakan mesyuarat agong tahunan koperasi pada 30 Oktober 2016, menyiapkan dan menyediakan paper-paper untuk latihan keselamatan di Bakun yang bermula pada 1 hingga 14 November 2016, menghadiri beberapa mesyuarat dan aktiviti koperasi bagi projek yang dianjurkan oleh koperasi.

Trip saya ke Palembang Indonesia adalah satu rangka program untuk melihat keadaan dan tempat yang menarik di sekitar negara jiran kita. Trip ini bersama dengan isteri saya adalah selama 4 hari 3 malam yang bermula pada 23 Oktober hingga 26 Oktober 2016.

Di Palembang kami bermalam di Hotel Batiqa. Hari pertama kami dibawa berjalan dipersekitaran pekan dan melihat suasana di pekan tersebut

 Pada hari berikutnya kami menyusuri Sungai Musi dengan menaiki cruise menuju ke Pulau Kemaro (Pulau Kemarau) yang memakan masa hampir satu jam. Kami melalui dibawah Jambatan Ampera (Amanat Penderitaan Rakyat) dan melihat pemandangan dipersekitaran sepanjang sungai yang dilalui amat menarik dengan panorama yang mempesonakan.

              Menaiki feri ke Pulau Kemaro

Perkampungan di tepi sungai musi


Menelusuri di bawah Jambatan Ampera


Isteri saya dengan bergaya dan bercermin mata turun dari feri 


Pulau Kemaro menyambut kedatangan saya


catatan yang ada di Pulau Lagenda Kemaro


bergambar kenangan dengan rakan trip Palembang

Kami juga dibawa melawat Rumah AlQuran terbesar didunia dan diberi taklimat serta bergambar untuk kenang-kenangan







Kami dibawa melawat muzeum dan dipersekitarannya serta mengabadikan kenangan (grup foto)








Melawat ke Masjid Cheng Ho, satu-satunya masjid Laksamana Cheng Ho yang ada di Palembang dan bersolat sunat didalamnya







Banyak tempat yang kami dibawa melawat, semuanya ini membawa kenangan manis apabila kami pulang ke Malaysia nanti


layan diri membeli kerepek di pasar


 memilih dan membeli kain langsir untuk dibawa pulang


bergambar di restoran tepi sungai selepaas menikmati hidangan makan malam dan sambil berkaraoke


karaoke dengan lagu Broery Marantika 'berhembus angin malam'



 kenangan bersama ustaz Ismi

Pada 26 Oktober selepas makan tengahari kami berangkat balik dengan penerbangan Airasia dan selamat kembali ke Malaysia pada jam 4 petang. Begitulah kenangan bersama grup Ustaz Ismi ke Palembang Indonesia. Sekian terima kasih dari mohamad bin maon dan jumpa lagi di 'next trip'. Insya Allah.


Thursday, December 01, 2016

Latihan Anggota Keselamatan di Stesen Hidro Bakun

Awal bulan November iaitu pada 1 hingga 14 November 2016 selama 2 minggu saya bersama rakan saya dalam jawatankuasa Latihan dan Pendidikan Koperasi berada di Sarawak. Beradanya kami di sana adalah untuk melatih dan mengajar anggota-anggota keselamatan (Polis Bantuan) yang bertugas di Stesen Hidro Bakun, Sarawak. Anggota Polis Bantuan ini adalah terdiri dari anak tempatan yang baru ditubuhkan dalam tempoh dua tahun, semasa mereka berada di bawah Pengurus Keselamatan Allahyarham Zubir Daharun. 

Saya ke Bakun termasuk yang kali ini adalah sudah 3 kali. Pertama atas jemputan Allahyarham Zubir untuk menyampaikan ceramah secara sepintas lalu mengenai pentingnya tugas dan tanggungjawab pengawal keselamatan bersama Hj. Ahmad Rusli dan Hj. Ibrahim Mohamed. Kedatangan saya pada kali kedua pula adalah bersama Hj. Ahmad Rusli adalah atas kehendaki pengurusan yang meminta kami untuk menyiasat kes jenayah syariah. 

Pada kali ini kedatangan kami adalah bertiga dengan Hj. Ahmad Rusli, Hj. Ahmad Nasir dan saya sendiri untuk menyempurnakan dan menyampaikan ilmu dibidang keselamatan kepada semua pegawai dan pengawal keselamatan di Bakun selama 12 hari terus menerus didalam 3 kumpulan. 

Tujuan kursus ini diadakan adalah lanjutan program yang sudah dirangka bersama semasa Allahyarham Zubir masih berkhidmat di Bakun. Oleh kerana kursus ini melibatkan semua anggota keselamatan dan tidak mahu menganggu tugas-tugas giliran mereka, maka kursus ini dibahagikan didalam tiga kumpulan. Kumpulan pertama bermula 2 - 5 November 2016, kumpulan kedua bermula pada 6 - 9 November 2016 dan kumpulan ketiga pada 10 - 13 November 2016. Kumpulan-kumpulan tersebut seperti gambar berikut:-



Kumpulan Pertama di ketuai oleh Eksekutif Keselamatan Puan Juhiri


Kumpulan Kedua di ketuai oleh Sjn Jeffrey


Kumpulan Ketiga di ketuai Sjn Ramizi

Banyak subjek yang diajar meliputi tugas-tugas seharian termasuk Akta Polis dan kawasan & tempat larangan termasuk etika kerja pengawal keselamatan. Sepanjang latihan yang dijalankan semua anggota memberikan tumpuan dan fokas pada setiap bidang pelajaran yang diajari. Disamping itu diberikan kerja berkumpulan dimana setiap kumpulan diberikan satu assignment yang akan dipersembahkan diakhir kursus.


Tenaga pengajar Mohamad Maon sedang menyampaikan ceramah didalam subjek jenayah dan semua peserta memberikan fokas kepada subjek ini 




Diakhir kursus sijil disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Abd Ghani Patail, Pengerusi Lembaga Pengarah SHSB kepada peserta-peserta kursus. Berikut adalah diantara beberapa anggota yang sempat dirakamkan menerima sijil kursus daripada YBhg. Tan Sri Abd Ghani Patail. 


Penerima sijil Sjn Jeffrey


Salah seorang penerima sijil daripada YBhg Tan Sri Abd. Ghani Patail


Penerima sijil Kpl Zuraida


Sijil disampaikan kepada Sjn Ramizi


Bergambar bersama Major Untai yang akan mengambil alih pengurus keselamatan Bakun untuk mengisi kekosongan jawatan atas berpergiaanya Allahyarham Zubir Daharun keRahmatullah. Dibelakang ialah Tuan Hj. Ahmad Rusli Ibrahim dan Tuan Hj. Ahmad Nasir Abd. Rahim adalah tenaga Pengajar bagi Kursus lanjutan Polis Bantuan. Gambar ini ketika penyampaian sijil kepada peserta kursus diadakan


Wednesday, November 30, 2016

Mesyuarat ALK pertama sessi 2016/17


Pada 16 November 2016, ALK mengadakan  mesyuarat pertama selepas mesyuarat agong kali ke 8 yang telah diadakan pada 30 Oktober 2016 di Restoran Rebung, Jalan Tanglin, Kuala Lumpur. Sepatutnya mesyuarat ini diadakan selepas mesyuarat agung tetapi keadaan yang tidak membenarkan maka mesyuarat ALK ditangguhkan selepas dua minggu diadakan. Diantara sebab adalah 3 orang ALK utama iaitu Hj. Ahmad Rusli bin Ibrahim, Mohamd bin Maon dan Hj. Ahmad Nasir bin Abdul Rahim terlibat dengan latihan di Sarawak Hidro Bakun selama 2 minggu.



Mesyuarat ALK ini telah diadakan di Pejabat Persatuan Unit Keselamatan (PERUNIKA) TNB Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Ianya bertujuan antara lain untuk memilih dan melantik dikalangan ALK tiga orang pegawai utama untuk menerajui koperasi bagi sesi 2016/17 dan juga membincangkan perkara yang telah dibangkitkan didalam mesyuarat agung tersebut.


Didalam pemilihan ALK untuk menerajui koperasi, ALK bersetuju dan sebulat suara mengekalkan Hj Ahmad Rusli bin Ibrahim selaku Pengerusi, Mohamad bin Maon Setiausaha dan Hj. Ahmad Bakri bin Mohd Zahir sebagai Bendahari dan lain-lain portfolio akan dilantik mengikut kesesuaian masa dan keadaan, jika ada keperluan.

Didalam perbincangan itu, pengerusi telah menerangkan bahawa koperasi telah dan akan mengadakan projek yang berterusan iaitu Latihan dan Pendidikan bagi anggota keselamaran Bakun, seperti latihan lanjutan PB, QCS dan Ancaman Bom. Selain dari itu, projek koperasi yang sedang berjalan adalah Pengurusan cat tiang letrik, Projek cucian kereta dan membuka kedai menjual dan membaiki komputer. Semua projek ini adalah secara kecil-kecilan tetapi ia berterusan dan membawa pulangan hasil kepada koperasi. Insya Allah.

Diakhir mesyuarat pengerusi menyatakan mesyuarat ALK akan diadakan 3 bulan sekali dan jika ada sebarang keperluan yang mendesak untuk sesuatu tindakan, mesyuarat terpaksa diadakan.

Thursday, November 10, 2016

Mesyuarat Agong Tahunan Koperasi Ke-8

Pada 30 Oktober 2016, koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB telah mengadakan mesyuarat agong tahunan (MAT) kali ke 8 di Restoran Rebung, Jalan Tanglin, Kuala Lumpur. MAT kali ada kelainan sedikit kerana setiap anggota yang hadir mesyuarat di bayar elaun kehadiran sebanyak RM50 seorang. Elaun ini dibayar sebagai galakan kepada semua anggota koperasi untuk hadir mesyuarat disamping menikmati hidangan direstoran berkenaan dengan aneka makanan daripada sarapan pagi sehingga makan tengahari. 

MAT tersebut bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi, telah mengambil beberapa resolusi diantaranya mengwujudkan sebuah anaksyarikat yang menjalankan urusniaga dan menubuhkan sebuah  syarikat kawalan keselamatan yang mempunyai lesen dari KDN. Didalam mesyuarat itu juga, mesyuarat telah mengekalkan semua ALK dengan tiada perubahan sebagai mana yang lazim ada penggantian bagi sesuatu penggal selaras dengan UUK koperasi. Berikut adalah ALK bagi sesi 2016/17
1. Hj. Ahmad Rusli bin Ibrahim
2. Mohamad bin Maon
3. Hj. Ahmad bakri bin Mohd. Zahir
4. Mohd. Noor bin Zakaria
5. Normah biinti Sarkawi
6. Hj. Ibrahim bin Mohamed
7. Hamzah bin Redza
8. Hj. Ahmad Nasir bin Abdul Rahum
9. Kamarulzaman bin Ahmad
10.Hussin bin Abdul Rahman
11. Basharuddin bin Abdullah
12.Johari bin Sharif

Sehingga berita ini ditulis pada 10 November 2016 saya berada di Bakun, ALK belum lagi mengadakan mesyuarat untuk melantik jawatan-jawatan yang ada didalam ALK. Ini disebabkan sebaik sahaja mesyuarat, pada 1 November 2016 kami bertiga peneraju utama koperasi iaitu Hj. Ahmad Rusli, Mohamad Maon dan Hj. Ahmad Nasir terbang ke Kuching Sarawak untuk satu program latihan di Sarawak Hidro Bakun selama 12 hari. Insya' Allah koperasi akan mengadakan mesyuarat pada 20 November 2016 bagi perlantikan jawatan dalam ALK. Jawatan-jawatan tersebut adalah:
Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
Biro Latihan dan Pendidikan
Biro Ekonomi
Biro Perladangan
Biro Hartanah
dsbnya

berikutnya adalah gambar-gambar sekitar dimesyuarat tersebut:-

Monday, October 03, 2016

Ke Langkawi Jalan-Jalan Cari Cokelat


Saya dan isteri saya merancang untuk jalan ke Langkawi dengan menaiki tren ETS. Sebenarnya, awal tahun ni saya dah pun merasai menaiki tren ETS. Menaiki tren ni, ada kelebihan macam usia seperti saya iaitu warga emas. kerana tambangnya murah separuh harga daripada harga penuh. Jadi perancangan ini saya terjemahkan menjadi kenyataan iaitu seminggu lebih awal sebelum berangkat ke Langkawi, isteri saya menghubungi rakan-rakan serombongan yang kerap keluar negara iaitu Bibi Zubaidah bersama suaminya Mat Wa dan pesara Rohani Salleh dan saya bertiga beranak, jadi jumlah seramai 6 orang. Perjalanan kami dimulakan dengan surah Al Fatihah



Untuk kesana, kami membuat tempahan tren ETS, kami bernasib baik masih ada lagi tiket. Walaupun pemergian kami sempena cuti Maal Hijrah tahun baru Islam yang jatuh pada 2 Oktober 2016 yang bersambung dari hari sabtu hingga isnin.




Oleh kerana bimbang tak dapat tiket balik, kami membeli tiket pergi balik dari KL ke Arau  dan dari Arau ke KL Sentral. Pada 30 Sept 2016 kami memulakan perjalanan dengan ETS jam 11 pagi di KL Sentral dan tiba di Arau lebih kurang jam 3.3o petang. Setiba di Arau kami berkesempatan berjumpa dan bergambar kenangan dengan Dato A. Samad Said Sasterawan Negara yang berkebetulan menaiki tren yang sama dengan kami.


Dalam Coach ETS perjalanan ke Arau


kenangan dengan Dato A. Samad Said di Railway Station Arau

Di Jeti Langkawi orang terlalu ramai yang hendak ke Pulau Langkawi, maklumlah sempena cuti am yang jatuh pada hari isnin berikutnya jadi kesempatan ini diambil oleh mereka untuk berjalan.

Di Langkawi kami menyewa sebuah kereta Avanza ntuk kemudahan pengangkutan kemana sahaja yang kami hendak pergi. Kami semua menginap di NR Langkawi Motel di Pantai Tengah, dua malam dimana penginapan ini adalah rakan kenalan isteri saya, jadi kami semua dapat harga istimewa dari pelancung yang lain.

Walaupun saya pernah ke Langkawi beberapa kali tapi keinginan untuk melawat beras terbakar di Padang Matsirat tidak berasa jemu. Selepas di Padang Matsirat kami pergi Pekan Kuah untuk bershoping di HIG, apa lagi kalau tidak membeli berbagai-bagai jenis cokelat yang ada didalam super market HIG



Kenangan di Beras Terbakar Padang Matsirat


singgah di kedai yang menjual aneka barangan keluaran Gamat


Memilih dan membeli kain batik di HIG


Berendam kaki di Air Hangat



Kami juga melawat ke tempat Air Hangat. Tempat  ini juga pernah kami lawati dulu, tetapi sekarang kemasukannya dikenakan bayaran sebanyak RM5 tetapi warga emas macam saya hanya dikenakan bayaran RM2 sahaja.

Setelah dua malam di Langkawi, daripada hari jumaat petang sehingga hari ahad petang kami berangkat balik ke KL dengan ETS dari Arau jam 8.15 malam dan tiba di KL Sentral jam 1.30 pagi. setibanya di KL kami diambil oleh anak saya untuk balik ke Klang.

Sekian lawatan singkat bersama grup otai yang terdiri daripada Bibi Zubaida, Mar Wa, Rohani Salleh, Mohamad Maon, Normah Sarkawi dan anak saya Nur Faezzah - Alhamdulillah

Nota:
HIG ialah Haji Ismail Group