Saturday, February 18, 2017

Perjumpaan, Perbincangan, Pertemuan dan Bersemuka

1.  Bermula pada hari selasa iaitu 14 Februari 2017, Kami bertiga (Tuan Hj. Ahmad Rusli Ibrahim, Encik Mohd. Noor Zakaria dan saya sendiri Mohamad Maon) mengadakan perjumpaan secara membincang beberapa topik antaranya mengenai pembelian lesen kawalan keselamatann oleh Encik Mohd Noor di Pejabatnya Naluri Rasa Sdn Bhd di Klang.

2. Perbincangan tersebut adalah persekitaran mengenai bisnes Encik Mohd. Noor yang ingin mempelbagaikan kepada Kawalan Keselamatan yang memberikan peningkatan keuntungan kepada syarikatnya dan juga komisyen kepada koperasi dalam membantu pengisian dana koperasi. 

3.   Berikutnya pada 15 Februari 2017 satu lagi pertemuan dan juga perbincangan telah diadakan di KL Central. Pertemuan tersebut terdiri daripada saya sendiri, Tuan Hj. Ahmad Rusli, Hj. Ibrahim Mohamed dan Encik Mohd. Noor Zakaria. Sambil menikmati jamuan dan bersantai di KL Sentral, kami semua berbincang mengenai lesen kawalan keselamatan yang hendak di beli oleh Naluri Rasa.



4.  Pada 17 Februari 2017 (jumaat) satu lagi perjumpaan dengan Dato Fahmi dari syarikat kawalan keselamatan TQ (Tropical Quantum) bagi membincangkan satu kerjasama antara Encik Mohd Noor dan koperasi. Pertemuan tersebut telah diadakan di Restoran Mahbob Lucky Garden Kuala Lumpur.






5. Pada 22 Februari 2017 kami bertiga mengadakan satu perjumpaan di pejabat Naluri Rasa Taman Bukit Jati 5. Klang pada jam11.00am dimana En. Maniam sepatutnya hadir tetapi telah tidak hadir kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Sebagai ganti, kami akan menemuinya pada 28 Februari 2017 hari selasa di Bangi. Walaupun ketiadaannya, kami menerusi perbincangan kepada beberapa topik yang menyentuh mengenai aktiviti koperasi. Antara yang dibincangkan selain syarikat kawalan swasta ialah:-

  • Persiapan mengadakan mesyuarat agung tahunan ke 9
  • Reunion 
  • Mesyuarat ALK ke 3

Kelihatan Tn Hj Ahamad Rusli (tengah), Mohd Noor (kiri) dan saya sendiri
tetap mengadakan perbincangan bagi kebaikan bersama dan juga koperasi
(gambar diambil secara selfei)

6.  Pada 28 Februari 2017, saya dan Mat Noor menghadiri satu perjumpaan jam 11.30 pagi di Bangi  Kopitiam. Perjumpaan tersebut dihadiri bersama En. Maniam dan Tn Hj. Ahmad Rusli bagi membincangkan kawalan keselamatan yang ingin diceburi oleh Naluri Rasa. Perbincangan tersebut secara kebetulan ada bersama dengan anak saudara Tn Rusli Prof Dr Ahmad Aman bersama isterinya. 


En Mat Noor beerbincang sesuatu dengan En Maniam dari Trust Security


Disebelah kiri saya adalah Prof Dr Ahmad Aman dan isterinya

Selesai perbincangan sehingga jam 1.30 t/hari dan kami semua pun bersurai dan membawa hala tuju masing-masing. Hasil dari perbincangan tersebut banyak manfaatnya daripada mula tarikh perjumpaan 14 Februari sehingga 28 Februari 2017. Mudah-mudah membawa keberkatan untuk Naluri Rasa dan juga koperasi. Insya Allah..

Saturday, February 11, 2017

Menziarahi Anggota Pesara Keselamatan TNB

1. Pada hari Rabu yang lalu iaitu tanggal 9 Februari 2017 kami bertiga iaitu Tn Hj. Ahmad Rusli Ibrahim, Encik Mohd Noor Zakaria dan saya sendiri telah mengadakan lawatan dan menziarahi ke atas tiga orang pesara keselamatan. Sebelum membuat lawatan, kami bertiga telah berjumpa di Kelab Kilat TNB Jalan Bangsar, KL bagi membincangkan beberapa perkara antaranya adalah mengenai penubuhan syarikat kawalan keselamatan yang diterajui oleh En. Mohd Noor sendiri yang mana kami berdua akan dapat membantu untuk mengoperasikan syarikat berkenaan kelak untuk kepentingan koperasi.

2.  Jam 12.30 tengahari, selepas berbincang dan makan tengah hari, kami bergerak dari TNB Jalan Bangsar KL ke KPJ Kajang bagi menziarahi Hj. Adanan Kasian yang mendapat rawatan di hospital berkenaan yang telah masuk minggu kedua beliau berada dihospital berkenaan. Kami tiba di hospital KPJ Kajang lebih kurang jam 1300 tengahari dan naik dan masuk ke wad 409B tetapi Hj Adanan tiada di wad berkenaan dan kami diberitahu oleh Jururawat bertugas bahawa Hj Adanan telah di masukkan di wad 414B selepas beliau mendapat rawatan ICU kerana muntah darah.


Hj. Adanan di wad 414 KPJ Kajang 
(gambar ini adalah denngan ihsan Yahya Aripin

3.   Lebih kurang jam 1340hrs kami bergerak ke Seremban untuk melawat dan menziarahi Encik Kamarulzaman yang sejak kebekalangan ini beliau kurang sihat. Rumah beliau di Taman Tuanku Jaafar Negeri Sembilan. perjalanan kami melalui lebuhraya PLUS dari Kajang dan memasuki Tol Senawang dan terus menuju kerumahnya. Kami berjumpa dan bertanya khabar berita mengenai keadaan kesihatan beliau.


 Kamarulzaman terharu bila kami tiba di rumahnya


Tn Hj. Rusli dan Encik Mohd Noor yang sama menziarahi ketiga-tiga pesara keselamatan. Gambar ini diambil ketika di rumah Tn Hj Sufian

4.  Selepas  melawat Kamarulzaman, pada jam 15.30hrs kami berangkat  dan menuju ke Seremban 3 untuk menziarahi Hj Sufian Ibrahim yang juga kurang sihat selepas beliau mendapat kemalangan jalan raya di Seremban sebaik sahaja beliau menamatkan tugas dengan UNITEN Muadzam Pahang.  


Hj. Sufian mendengar sahaja perbualan yang dibincangkan


bergambarkenangan dengan hj Sufian

5.  Pada jam 17.00 hrs kami memohon diri untuk berangkat pulang ke KL dan juga ke Klang. Diakhir pertemuan, kami mendoakan semoga Hj Sufian beroleh kesihatan yang lebih baik dan Insya Allah kalau diizinkan kita berjumpa lagi dimasa-masa mendatang.

6.  Selepas menghantar Tn Hj Rusli di KL, saya  bersama Encik Mohd Noor terus balik ke Klang. Saya tiba di Klang tepat pada masa waktu maghrib. Selamat berjumpa lagi dimohon kesejahteraan kepada sahabat-sahabat yang kurang sihat - Mohamad bin Maon


Saturday, February 04, 2017

Kenduri Kahwin Anak Encik Mohamed bin Othman di Mentakab

Semalam tanggal 4 Februari 2017, saya bersama isteri menghadiri jemputan kenduri kahwin anak kepada Encik Mohamad bin Othman di Taman Saga, Mentakab Pahang. Perjalanan ke Mentakab mengambil masa hampir 2 jam lebih. Setibanya saya dan isteri di rumah pengantin, ramai rakan semasa dalam perkhidmatan hadir di majlis berkenaan. 


Tujuan kita menghadiri kenduri bermatlamat dua perkara. Pertama memenuhi undangan tuan rumah bagi meraikan kedua-dua mempelai (pengantin baru) dan kedua dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang sama-sama berkhidmat suatu ketika dulu. Untuk mengabadikan kenangan ketika dimajlis berkenaan saya rakamkan gambar bersama kedua mempelai dan tuan rumah Encik Mohamad Othman dan isterinya. 

Diakhir kata saya mengucapkan pasangan anak kepada Encik Mohamad Othman semoga berbahagia dan berkekalan sehingga ke anak cucu. Insya Allah..

Melawat Hj Adanan Kasian di KPJ Kajang

Saya mendapat berita bahawa Hj Adanan Kasian berada di hospital KPJ Kajang sudah hampir seminggu. Saya tidak tahu apa sakitnya menyebabkan beliau dimasukkan ke hospital. Jadi pada 1 Februari 2017 sempena cuti Hari Wilayah saya bersama isteri saya Normah melawat beliau di hospital berkenaan di wad 409 B. 


Saya mendapat tahu bahawa beliau pada mulanya mempunyai penyakit kencing manis yang tinggi dan akibat dari itu kaki kanan beliau dipercayai dijangkiti penyakit yang berupa sejenis kayap (denai) yang menyebabkan keadaannya menderita sakit.

Pada keesokannya pula pada 2 Februari 2017 saya melawat beliau bersama Encik Mohd. Noor Zakaria di wad berkenaan.


Diakhir lawatan saya mendoakan beliau semoga cepat sembuh dan beroleh kesihatan seperti biasa dengan izin Allah SWT