1. Pada hari Rabu yang lalu iaitu tanggal 9 Februari 2017 kami bertiga iaitu Tn Hj. Ahmad Rusli Ibrahim, Encik Mohd Noor Zakaria dan saya sendiri telah mengadakan lawatan dan menziarahi ke atas tiga orang pesara keselamatan. Sebelum membuat lawatan, kami bertiga telah berjumpa di Kelab Kilat TNB Jalan Bangsar, KL bagi membincangkan beberapa perkara antaranya adalah mengenai penubuhan syarikat kawalan keselamatan yang diterajui oleh En. Mohd Noor sendiri yang mana kami berdua akan dapat membantu untuk mengoperasikan syarikat berkenaan kelak untuk kepentingan koperasi.
2. Jam 12.30 tengahari, selepas berbincang dan makan tengah hari, kami bergerak dari TNB Jalan Bangsar KL ke KPJ Kajang bagi menziarahi Hj. Adanan Kasian yang mendapat rawatan di hospital berkenaan yang telah masuk minggu kedua beliau berada dihospital berkenaan. Kami tiba di hospital KPJ Kajang lebih kurang jam 1300 tengahari dan naik dan masuk ke wad 409B tetapi Hj Adanan tiada di wad berkenaan dan kami diberitahu oleh Jururawat bertugas bahawa Hj Adanan telah di masukkan di wad 414B selepas beliau mendapat rawatan ICU kerana muntah darah.
3. Lebih kurang jam 1340hrs kami bergerak ke Seremban untuk melawat dan menziarahi Encik Kamarulzaman yang sejak kebekalangan ini beliau kurang sihat. Rumah beliau di Taman Tuanku Jaafar Negeri Sembilan. perjalanan kami melalui lebuhraya PLUS dari Kajang dan memasuki Tol Senawang dan terus menuju kerumahnya. Kami berjumpa dan bertanya khabar berita mengenai keadaan kesihatan beliau.
4. Selepas melawat Kamarulzaman, pada jam 15.30hrs kami berangkat dan menuju ke Seremban 3 untuk menziarahi Hj Sufian Ibrahim yang juga kurang sihat selepas beliau mendapat kemalangan jalan raya di Seremban sebaik sahaja beliau menamatkan tugas dengan UNITEN Muadzam Pahang.

Hj. Adanan di wad 414 KPJ Kajang
(gambar ini adalah denngan ihsan Yahya Aripin
3. Lebih kurang jam 1340hrs kami bergerak ke Seremban untuk melawat dan menziarahi Encik Kamarulzaman yang sejak kebekalangan ini beliau kurang sihat. Rumah beliau di Taman Tuanku Jaafar Negeri Sembilan. perjalanan kami melalui lebuhraya PLUS dari Kajang dan memasuki Tol Senawang dan terus menuju kerumahnya. Kami berjumpa dan bertanya khabar berita mengenai keadaan kesihatan beliau.
Kamarulzaman terharu bila kami tiba di rumahnya
Tn Hj. Rusli dan Encik Mohd Noor yang sama menziarahi ketiga-tiga pesara keselamatan. Gambar ini diambil ketika di rumah Tn Hj Sufian
4. Selepas melawat Kamarulzaman, pada jam 15.30hrs kami berangkat dan menuju ke Seremban 3 untuk menziarahi Hj Sufian Ibrahim yang juga kurang sihat selepas beliau mendapat kemalangan jalan raya di Seremban sebaik sahaja beliau menamatkan tugas dengan UNITEN Muadzam Pahang.
Hj. Sufian mendengar sahaja perbualan yang dibincangkan
bergambarkenangan dengan hj Sufian
5. Pada jam 17.00 hrs kami memohon diri untuk berangkat pulang ke KL dan juga ke Klang. Diakhir pertemuan, kami mendoakan semoga Hj Sufian beroleh kesihatan yang lebih baik dan Insya Allah kalau diizinkan kita berjumpa lagi dimasa-masa mendatang.
6. Selepas menghantar Tn Hj Rusli di KL, saya bersama Encik Mohd Noor terus balik ke Klang. Saya tiba di Klang tepat pada masa waktu maghrib. Selamat berjumpa lagi dimohon kesejahteraan kepada sahabat-sahabat yang kurang sihat - Mohamad bin Maon
No comments:
Post a Comment