Saturday, February 18, 2017

Perjumpaan, Perbincangan, Pertemuan dan Bersemuka

1.  Bermula pada hari selasa iaitu 14 Februari 2017, Kami bertiga (Tuan Hj. Ahmad Rusli Ibrahim, Encik Mohd. Noor Zakaria dan saya sendiri Mohamad Maon) mengadakan perjumpaan secara membincang beberapa topik antaranya mengenai pembelian lesen kawalan keselamatann oleh Encik Mohd Noor di Pejabatnya Naluri Rasa Sdn Bhd di Klang.

2. Perbincangan tersebut adalah persekitaran mengenai bisnes Encik Mohd. Noor yang ingin mempelbagaikan kepada Kawalan Keselamatan yang memberikan peningkatan keuntungan kepada syarikatnya dan juga komisyen kepada koperasi dalam membantu pengisian dana koperasi. 

3.   Berikutnya pada 15 Februari 2017 satu lagi pertemuan dan juga perbincangan telah diadakan di KL Central. Pertemuan tersebut terdiri daripada saya sendiri, Tuan Hj. Ahmad Rusli, Hj. Ibrahim Mohamed dan Encik Mohd. Noor Zakaria. Sambil menikmati jamuan dan bersantai di KL Sentral, kami semua berbincang mengenai lesen kawalan keselamatan yang hendak di beli oleh Naluri Rasa.



4.  Pada 17 Februari 2017 (jumaat) satu lagi perjumpaan dengan Dato Fahmi dari syarikat kawalan keselamatan TQ (Tropical Quantum) bagi membincangkan satu kerjasama antara Encik Mohd Noor dan koperasi. Pertemuan tersebut telah diadakan di Restoran Mahbob Lucky Garden Kuala Lumpur.






5. Pada 22 Februari 2017 kami bertiga mengadakan satu perjumpaan di pejabat Naluri Rasa Taman Bukit Jati 5. Klang pada jam11.00am dimana En. Maniam sepatutnya hadir tetapi telah tidak hadir kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Sebagai ganti, kami akan menemuinya pada 28 Februari 2017 hari selasa di Bangi. Walaupun ketiadaannya, kami menerusi perbincangan kepada beberapa topik yang menyentuh mengenai aktiviti koperasi. Antara yang dibincangkan selain syarikat kawalan swasta ialah:-

  • Persiapan mengadakan mesyuarat agung tahunan ke 9
  • Reunion 
  • Mesyuarat ALK ke 3

Kelihatan Tn Hj Ahamad Rusli (tengah), Mohd Noor (kiri) dan saya sendiri
tetap mengadakan perbincangan bagi kebaikan bersama dan juga koperasi
(gambar diambil secara selfei)

6.  Pada 28 Februari 2017, saya dan Mat Noor menghadiri satu perjumpaan jam 11.30 pagi di Bangi  Kopitiam. Perjumpaan tersebut dihadiri bersama En. Maniam dan Tn Hj. Ahmad Rusli bagi membincangkan kawalan keselamatan yang ingin diceburi oleh Naluri Rasa. Perbincangan tersebut secara kebetulan ada bersama dengan anak saudara Tn Rusli Prof Dr Ahmad Aman bersama isterinya. 


En Mat Noor beerbincang sesuatu dengan En Maniam dari Trust Security


Disebelah kiri saya adalah Prof Dr Ahmad Aman dan isterinya

Selesai perbincangan sehingga jam 1.30 t/hari dan kami semua pun bersurai dan membawa hala tuju masing-masing. Hasil dari perbincangan tersebut banyak manfaatnya daripada mula tarikh perjumpaan 14 Februari sehingga 28 Februari 2017. Mudah-mudah membawa keberkatan untuk Naluri Rasa dan juga koperasi. Insya Allah..

No comments: