Semalam tanggal 4 Februari 2017, saya bersama isteri menghadiri jemputan kenduri kahwin anak kepada Encik Mohamad bin Othman di Taman Saga, Mentakab Pahang. Perjalanan ke Mentakab mengambil masa hampir 2 jam lebih. Setibanya saya dan isteri di rumah pengantin, ramai rakan semasa dalam perkhidmatan hadir di majlis berkenaan.
Tujuan kita menghadiri kenduri bermatlamat dua perkara. Pertama memenuhi undangan tuan rumah bagi meraikan kedua-dua mempelai (pengantin baru) dan kedua dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang sama-sama berkhidmat suatu ketika dulu. Untuk mengabadikan kenangan ketika dimajlis berkenaan saya rakamkan gambar bersama kedua mempelai dan tuan rumah Encik Mohamad Othman dan isterinya.
Diakhir kata saya mengucapkan pasangan anak kepada Encik Mohamad Othman semoga berbahagia dan berkekalan sehingga ke anak cucu. Insya Allah..
No comments:
Post a Comment