Saturday, February 04, 2017

Melawat Hj Adanan Kasian di KPJ Kajang

Saya mendapat berita bahawa Hj Adanan Kasian berada di hospital KPJ Kajang sudah hampir seminggu. Saya tidak tahu apa sakitnya menyebabkan beliau dimasukkan ke hospital. Jadi pada 1 Februari 2017 sempena cuti Hari Wilayah saya bersama isteri saya Normah melawat beliau di hospital berkenaan di wad 409 B. 


Saya mendapat tahu bahawa beliau pada mulanya mempunyai penyakit kencing manis yang tinggi dan akibat dari itu kaki kanan beliau dipercayai dijangkiti penyakit yang berupa sejenis kayap (denai) yang menyebabkan keadaannya menderita sakit.

Pada keesokannya pula pada 2 Februari 2017 saya melawat beliau bersama Encik Mohd. Noor Zakaria di wad berkenaan.


Diakhir lawatan saya mendoakan beliau semoga cepat sembuh dan beroleh kesihatan seperti biasa dengan izin Allah SWT

No comments: