Thursday, December 31, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010

Saya bagi pihak ALK Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB dengan ini mengucapkan kepada semua anggota koperasi dan semua pesara keselamatan TNB dan juga semua warga kerja JPKR TNB sempena ketibaan tahun baru ini, kita akan memperbaharui keazaman kita yang mana, jika ada cita-cita yang tidak dapat ditunaikan, mungkin akan tertunai pada tahun 2010. Insya'Allah. Tetapi bagi saya sebagai pengerusi koperasi, mempunyai keazaman yang lebih tinggi dari kalian semua, kerana saya ingin membawa koperasi ini kesatu tahap yang boleh dibanggakan kalau tidak setaraf dengan koperasi-koperasi yang sudah berdaya maju.

Moga-moga cita dan harapan yang menggunung akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Cita-cita ini bukan sahaja cita-cita atau impian untuk saya seorang sahaja bahkan untuk semua anggota koperasi seluruhnya. Jika sekiranya koperasi berdaya maju, maka anggotanya juga akan mendapat faedah bersama. Itu adalah harapan kita semua. Insya'Allah


SELAMAT TAHUN BARU 2010

Thursday, December 24, 2009

Meyuarat Ahli Lembaga Koperasi

Pada 24 Disember 2009 Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB telah mengadakan mesyuarat ALK pertama ekoran daripada Mesyuarat Agung yang telah diadakan pada 20 Disember 2009. Mesyuarat ini telah diadakan di Kelab Kilat TNB, Jalan Pantai, Kuala Lumpur.


Didalam mesyuarat tersebut, ALK telah memilih dan melantik
1. Mohamad Maon sebagai Pengerusi,
2. Hj. Ibrahim Mohamed sebagai Setiausaha
3. Halim Ishak sebagai Bendahari.


ALK juga telah melantik seramai 3 orang JAD iaitu
1. Ahmad Fariz bin Ahmad Rusli,
2, Basharuddin bin Abdullah
3. Johari bin Sharif


Dengan pemilihan yang telah dibuat oleh ALK, pihak pengurusan koperasi akan mengeluarkan surat perlantikan kepada mereka-mereka di atas didalam sedikit masa lagi termasuk semua ALK yang terpilih didalam mesyuarat agung berkenaan.

MKM Anjur Hari Terbuka dan Bicara Eksekutif

Pada 22 Disember 2009 MKM telah mengadakan Bicara Eksekutif kepada semua ahli koperasi dengan tema 'Formula Niaga Cemerlang Impak Maksima Menerusi Pemasaran Internet' dan Hari Terbuka MKM yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Dalam Bicara Eksekutif sebanyak dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu
1. Strategi Efektif Pemasaran Perniagaan di Internet: Web 2.0 Enjin Carian & Rangakain Sosial
oleh Muhd. Sharuzzamal b. Bakri (Pengurus Francais, SKALI E-Ventures Sdn Bhd)
2. Perkongsian Pengalaman
oleh Kevin Zahri (Pengurus Max Hosting)

Koperasi ini telah diwakili oleh Sdra Mohamad Maon, Kamarulzaman Ahmad dan Mohd. Noor Zakaria. Walaupun, bicara eksekutif diadakan setengah hari, namun banyak ilmu yang diperolehi daripada penerangan dua topik di atas.

Sunday, December 20, 2009

Mesyuarat Agung Koperasi Berjalan Dengan Lancar


Gambar menunjukkan Puan Norlelah sedang menyampaikan ucapan perasmian




Pada 20 Disember 2009, Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB telah mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama di Hotel City Villa Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Puan Norlelah binti Shamsuddin, Pen. Pengarah SKM cawangan Wilayah Persekutuan. Terdahulu dahulu dalam ucapan alu-aluan, sdra Mohamad Maon Pengerusi Koperasi PPK TNB telah menyatakan bahawa koperasi akan melaksanakan perancangan beberapa projek yang telah dikenalpasti yang telah dipersetujui didalam mesyuarat ALK sebelum mesyuarat agung diadakan. Pengerusi juga meminta agar semua ALK memberikan komitmen sepenuhnya terhadap apa-apa projek yang akan diusahakan.

Didalam mesyuarat tersebut juga, satu usul telah diluluskan bagi menukar nama koperasi kepada nama 'Koperasi Benteng Utama Berhad'. Penjenamaan semula nama koperasi adalah untuk meningkat 'nilai-nilai komersil' koperasi kerana nama adalah memainkan peranan penting. Majlis juga mengekalkan ALK lama dan menambah dengan dua orang lagi sejajar dengan kehendak UUK 35. Ahli Lembaga Koperasi adalah seperti berikut:

1. Mohamad bin Maon
2. Hj. Ibrahim bin Mohamed
3. Hj. Ahmad Bakri bin Mohd. Zahir
4. Mohd. Noor bin Zakaria
5. Tan Baba
6. Hj. Ahmad Nasir bin Abdul Rahim
7. Normah binti Hj. Sarkawi
8. Halim bin Ishak
9. Shahruddin bin Abdullah Sani
10. Husin bin Hj. Abdul Rahman
11. John A/L Nallappa Rettiar
12. Hamzah bin Redza
Koperasi juga mengekalkan Tuan Hj Ahmad Rusli bin Hj. Ibrahim sebagai Penasihat/Penaung. Keputusan untuk mengekalkan Tuan Hj Ahmad Rusli adalah kerana pengalaman beliau yang luas diperingkat pengurusan dan beliau juga menjadi inspirasi kepada koperasi dalam membantu sebagai khidmat nasihat bagi menjayakan projek dan program yang akan dilaksanakan. Insya'Allah.

Wednesday, December 16, 2009

Mesyuarat Agung Koperasi

Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB akan mengadakan mesyuarat agung tahunan yang pertama pada 20 Disember 2009 (Ahad) jam 9.00 pagi, bertempat di Hotel City Villa Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak ALK Koperasi dengan ini menjemput tuan-tuan dan puan-puan anggota koperasi untuk sama hadir di dalam mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat sebegini adalah satu cara yang terbaik untuk kita hadiri kerana kita dapat berjumpa dengan rakan dan handai taulan yang sama-sama satu ketika dulu berkhidmat dibawah satu bumbung. Oleh itu diharap, tuan-tuan dan puan-puan janganlah lepas peluang untuk berjumpa diantara satu sama lain dan untuk mengeratkan lagi silaturrahim didalam satu majlis mesyuarat agung koperasi.

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya AidilAdha

Pada 10 Zulhijah setiap tahun dalam takwim Islam, umat Islam akan menyambut Hari Raya AidilAdha. Hari tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Sempena ketibaan Hari Raya Aidil Adha pada 27 Disember 2009 bersamaan hari Jumaat, saya bagi pihak pengerusi ALK Koperasi PPK TNB mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua anggota koperasi yang berugama Islam dan pada rakan-rakan yang menunaikan haji di Mekah semoga mereka beroleh haji yang mabrur. Insya 'Allah.

Friday, November 20, 2009

Koperasi Mencari Tapak Pusat Latihan

Pada 20 November 2009, Sdra Mohamad Maon pengerusi koperasi bersama Encik Kamarulzaman Ahmad telah membuat lawatan ke Jabatan Hutan Daerah Raub dan mengadakan perbincangan dengan Encik Zulfakar (Pegawai Hutan Daerah) untuk mendapat tapak atau pusat peranginan yang boleh dijadikan pusat latihan bagi mengendalikan latihan teori mahupun fizikal. Dalam perbincangan tersebut turut disertai oleh wakil koperasi di daerah Raub Encik Mohamad Othman yang mengurus dan mengaturkan temujanji dengan pegawai berkenaan.

Sebagaimana dalam pertemuan tersebut, koperasi difahamkan bahawa terdapat 4 buah pusat peranginan yang dibangunkan oleh Jabatan Hutan Daerah Raub tetapi tidak ada aktiviti yang dijalankan. Atas dasar tersebut dengan kerjasama Encik Mohamad Othman yang membantu untuk mendapat salah satu di antara pusat-pusat peranginan untuk dijadikan pusat latihan.

Pusat-pusat Peranginan tersebut adalah
1. Hutan Lipur Lata Jarum bertempat di Ulu Dong
2. Hutan Lipur Lata Berembun bertempat di Ulu Dong
3. Hutan Lipur Lata Lembik bertempat Kg. Ulu Sungai, Sg Koyan
Semua aktiviti pusat peranginan berpusat di Lata Jarum yang mempunyai prasarana. Koperasi akan memajukan kertas kerja kepada Pegawai Hutan berkenaan dalam masa yang terdekat untuk menjadikan pusat tersebut yang beraktiviti latihan dan 'jungle tracking'
Alamat:
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Raub & Cameron Highland
Jalan Cheroh
27600 Raub, Pahang (UP: Encik Zulfakar)



Wednesday, November 18, 2009

Penambahan Anggota Koperasi

Sebagaimana yang telah diberitahu pada mesyuarat ALK baru-baru ini, ada ALK yang menerima maklum balas dari anggota pekerja mahupun pesara bahawa koperasi ini kurang membuat dan mengadakan penerangan mengenai koperasi dan aktivitinya. Mereka tidak mengetahui bidang dan fungsi koperasi ini ditubuhkan. Sdra. Pengerusi menjelaskan, memang buat ketika ini koperasi tidak membuat kempen atau pun 'road show' untuk pengambilan anggota baru. Tambahan pula, sepanjang setahun koperasi ditubuhkan, belum pun ada satu projek yang dijalankan. Mungkin belum ada rezeki lagi.

Bagi mencapai maksud berkenaan, ALK mencadangkan bahawa koperasi menyediakan satu maklumat berbentuk 'flier' dapat diedarkan dibeberapa penempatan dimana terdapat anggota JPKR bertugas. Dengan cara ini, mereka akan dapat mengetahui segala aktiviti dan perkembangan koperasi.

Penambahan anggota koperasi akan dilaksanakan selepas mesyuarat agung dengan membuat lawatan ke tempat-tempat anggota bertugas dan dimana sahaja terdapat pesara-pesara berada. Insya'Allah

Mesyuarat Pasca Organisasi

Pada 18 November 2009, ALK mengadakan mesyuarat ke 14, bertempat di Kelab Kilat TNB Kuala Lumpur. Didalam mesyuarat tersebut, ALK telah memutuskan bahawa koperasi akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada 20 Disember 2009 di Hotel City Villa Kuala Lumpur. Mesyuarat Agung Tahunan ini adalah pertama kali diadakan selepas diadakan mesyuarat penubuhannya tahun lepas. Agenda mesyuarat yang dibincangkan di Mesyuarat Agung Tahunan dan telah diluluskan di mesyuarat ALK adalah:

1. Meminda kepada Undang-undang Kecil (UUK), dimana semua perkataan 'Mesyuarat Agung Perwakilan' di ganti dengan nama Mesyuarat Agung Tahunan, ini memandangkan koperasi hanya beroperasi di sekitar Lembah Klang (Wilayah Persekutuan dan Selangor) dan tidak mempunyai anggota di tempat-tempat lain kecuali hanya beberapa anggota yang berada di luar Lembah Klang.

2. Pindaan juga dibuat kepada nama koperasi yang sedia ada iaitu Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB kepada nama yang lebih kormersial. Nama ini akan diumumkan didalam mesyuarat pada 9 Disember 2009.

3. Beberapa usul dan resolusi akan turut sama dibentangkan

4. Menghantar semua surat kepada anggota koperasi memberitahu mesyuarat agong akan diadakan termasuk minit Mesyuarat Agung Tahunan.

Untuk makluman, Mesyuarat Agung Tahunan ini yang dijadualkan pada bulan Oktober yang lalu tidak dapat diadakan kerana umat Islam masih meraikan suasana Hari Raya Aidilfitri dan ditangguhkan pada bulan November. Bulan November juga tidak dapat diadakan setelah wakil koperasi mengadakan perjumpaan dengan Encik Hamni SKM dengan mengatakan bahawa didalam klausa UUK koperasi menyatakan 'mesyuarat agung perwakilan' dan menasihatkan supaya koperasi menghantar surat kepada SKM memohon pengecualian daripada mengadakan mesyuarat berkenaan ditukar kepada mesyuarat agung tahunan. Dengan makluman ini, adalah diharapkan semua anggota koperasi dan juga ALK serta JAD memahami situasi berkenaan. Insya'Allah, kita akan mengadakan mesyuarat di atas pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan.

Untuk itu juga, ALK akan mengadakan satu lagi mesyuarat akhir bagi penggal 2008/09 pada 9 Disember 2009. Tempat mesyuarat akan diberitahu kemudian. Adalah diminta semua ALK hadir didalam mesyuarat tersebut.

Friday, October 30, 2009

Merancang untuk mengadakan Mesyuarat Agung Koop

Pada 15 Oktober dan 22 Oktober 2009, ALK koperasi pekerja dan pesara keselamatan TNB telah mengadakan mesyuarat bertempat di Kelab Kilat Kuala Lumpur bagi membincang dan persiapan untuk koperasi mengadakan mesyuarat agung tahunan setelah setahun koperasi beroperasi. Didalam mesyuarat tersebut ALK telah membincangkan tarikh, tempat mesyuarat tersebut diadakan. Mengikut UUK koperasi, mesyuarat agong tersebut akan diadakan pada oktober ini, tetapi oleh sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, mesyuarat berkenaan ditangguhkan pada bulan berikutnya dengan kelulusan dari SKM cawangan wilayah.

Wednesday, October 07, 2009

Kursus MS Access

Sdr. Mohamad Maon telah menghadiri kursus di atas di MKM selama 5 hari bermula pada 5 Oktober 2009 hingga 9 Oktober 2009. Kursus IT ini adalah untuk menyedia dan menyimpan data untuk maklumat anggota koperasi. Data ini adalah melibatkan maklumat peribadi anggota koperasi, waris dan akaun. Data penyimpanan maklumat ini adalah untuk memudahkan pentadbiran koperasi beroperasi.


Friday, September 18, 2009

Selamat Menyambut Kedatangan Syawal


Terlebih dahulu saya mendoakan kepada semua sdra yang beragama Islam dan juga sebagai anggota koperasi beroleh didalam keadaan sihat dan wal'afiat. Tidak beberapa hari lagi, umat Islam diseluruh dunia akan menyambut ketibaan syawal 1430 hijriah setelah umat Islam menempoh bulan Ramadhan selama satu bulan.


Sempena ketibaan bulan syawal, saya bagi pihak pengerusi koperasi PPK TNB mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin. Semoga kedatangan aidilfitri tahun ini menceriakan lagi suasana. Aidilfitri bermakna kita pada satu syawal berbalik kepada fitrah semula jadi membenarkan kita makan diwaktu siang dan lain-lain aktiviti yang mengikut syara'.


Selamat Hari Raya Aidilfitri & maaf zahir batin...
Mohamad Maon
Pengerusi
Koperasi Pekerja & Pesara Keselamatan TNB

Sunday, August 23, 2009

Aktiviti di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadan hanya datang setahun sekali. Dalam kalendar masehi pusingan bagi setahun adalah mengandungi dua belas bulan, begitu juga bulan islam mengandungi dua belas bulan juga. Sabda Nabi SAW dan mengikut jumhur ulama bahawa bulan ramadan adalah bulan yang dipenuhi dengan limpahan rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.
Sebagaimana kita di beritahu, apabila tiba bulan ramadan, syaitan dan iblis dirantai, pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup serta pintu rahmat dibuka dengan seluas-luasnya dan limpahan rahmat berganda-ganda, jika umat manusia mengetahuinya. Oleh itu, semua umat Islam diharap dapat mengambil kesempatan di atas limphan rahmat Allah SWT kepada kita.
Bulan ramadan juga, ada mengandungi satu malam yang masih dirahsiakan oleh Allah, iaitu malam Lailatul Qadar diantara malam-malam yang ganjil pada malam sepuloh ramadan yang akhir. Sungguh beruntung pada hamba Allah yang mendapat petunjuk. Moga-moga kita adalah sebahagian daripada hamba Allah yang beruntung. Insya'Allah.
mohamadmaon
pengerusi ppk tnb

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1430 H

Pada 22 Ogos 2009 hari Sabtu, semua umat Islam akan mula berpuasa sempena kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak 1430 H. Saya bagi pihak Pengerusi Koperasi PPK TNB mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa selama sebulan kepada semua anggota koperasi yang beragama Islam dan moga-moga ibadah yang kita lalui di hari-hari dalam bulan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan ini akan menambahkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah SWT.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Sunday, August 16, 2009

Nur Hanisah anggota koperasi terima ijazah

Baru-baru ini, pada 15 Ogos 2009 anak kepada Pengerusi Koperasi PPK TNB Nur Hanisah telah menerima ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) dari USM. Beliau merupakan seorang anggota koperasi ini dan semasa cuti semester beliau telah mengikuti kursus jangka pendek 'Penyediaan Manual Prosedur Kerja' di Hotel Sri Malaysia Pulau Pinang, selama 3 hari yang bermula pada 1 - 3 Disember 2008

Cadangan Penubuhan Koperasi Alumni MKM

Saya menerima sms daripada Hj Ab Rahim dari koperasi Insan Jaya menjemput untuk berbincang bagi menubuhkan satu koperasi gabungan di antara anggota koperasi. Cadangan ini timbul apabila saya bersama dengan rakan-rakan dari koperasi yang lain untuk menubuhkan satu koperasi pada anggota yang pernah menghadiri kursus di MKM. Nampaknya cadangan tersebut telah menjadi kenyataan.
Pada 13 Ogos 2009 jam 2.00 petang bertempat di pejabat Koperasi Insan Jaya telah diadakan mesyuarat Jawatankuasa Penaja bagi menubuhkan Koperasi Alumni MKM Berhad. Koperasi PPK TNB telah diwakili oleh Tuan Hj. Ahmad Rusli, Sdra Mohamad Maon dan Sdra Mohd. Noor Zakaria. Antara syarat-syarat (masih diperingkat perbincangan) untuk menjadi anggota koperasi adalah pernah menghadiri kursus di MKM walaupun menghadiri satu kali kursus serta syarat-syarat lain yang masih lagi dibincangkan. Perbincangan seterusnya akan diadakan pada 18 Ogos 2009 masa 10.00 pagi di tempat yang sama.

Thursday, August 13, 2009

Mesyuarat ALK ke 11

Pada 13 Ogos 2009 ALK Koperasi PPK TNB telah mengadakan mesyuarat bagi kali ke 11 bertempat di Jalan Bangsar Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut diadakan adalah ekoran koperasi telah tidak mengadakan mesyuarat selama hampir 6 bulan kerana kali terakhir koperasi mengadakan mesyuarat pada 28 Februari 2009.
Mesyuarat kali ini adalah membincangkan beberapa agenda termasuk perkara yang perlu diselesaikan sebelum bermula bulan Ramadhan. Diantara agenda yang dibincangkan
1. Program kursus mandatori -
i. mengatur perjumpaan dengan pihak ILSAS
ii. mengatur perjumpaan dengan Encik Rusli Hashim
iii. mengatur perjumpaan dengan Pengurs Besar JPKR
2. Mesyuarat Agung
i. tarikh pada 3/10, 7/10 dan 17/10

Bekas SM Ab Rahman Mohamad Meninggal

Bekas SM Ab Rahman yang bersara dari perkhidmatan telah kembali ke Rahmahtullah pada 11 Ogos 2009 di kampungnya di Bukit Pinang, Alor Star, Kedah. Saya diberitahu melalui sms dari rakan Hj. Ibrahim Mohamed bahawa beliau yang bersara dari perkhidmatan kerana medical board telah menunaikan haji, sebaik Allahyarham kembali dari Mekah Allahyarham dilaporkan sihat dari penyakit kanser yang dihidapinya. Walau bagaimanapun, hayat kita dalam kuasa Allah, maka Allah lebih menyayangiNya maka pada tarikh di atas beliau kembali menemui Allah SWT.
Saya bagi pihak warga pesara keselamatan TNB, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, moga-moga roh Allahyarham ditempatkan disisiNya. Insya'Allah......Amin
Nota - Sebenarnya saya tidak perolehi maklumat yang lengkap mengenai Allahyarham, sebaik sahaja Allahyarham 'medical board'.

Friday, August 07, 2009

Kursus IT




Pada 3 - 6 Ogos 2009 sdra Pengerusi telah menghadiri kursus IT yang dinmakan 'Animasi Multimedia' satu modul baru yang dipanggil 'SWiSHmax2'. Kursus ini adalah bertujuan untuk koperasi mengadakan persembahan kepada anggota ketika sesuatu



Program ini dibahagikan dalam 5 modul:

1. Pengenalan kepada SWiSHmax

2. Bekerja dengan objek

3. Bekerja dengan teks

4. Mencipta animasi

5. Bekerja dengan grafik dan bunyi



Foto grup di atas adalah peserta yang mengikut kursus ini.

Thursday, August 06, 2009

Sdra. Hussin Ishak kembali ke Rahmatullah

Pada hari ini 7 Ogos 2009 lebih kurang jam 11 pagi saya diberitahu oleh Tuan Hj. Ahmad Nasir Abdul Rahim Eksekutif Keselamatan TNB bahawa Sdra Hussin bin Ishak (beliau terkenal dikalangan kawan-kawan dengan panggilan Hussin 'Batuk') telah kembali ke Rahmatullah dan akan dikebumikan di Benta Pahang.

Saya di fahamkan bahawa Allahyarham meninggal disekitar usia hampir 70 tahun dan meninggalkan seorang balu serta beberapa orang anak. Allahyarham juga meninggaldunia kerana sakit tua.

Saya bagi pihak warga pesara mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Hussin, semoga rohnya ditempatkan dikalangan para roh orang yang beriman.

Thursday, July 30, 2009

Kerjasama KPPK TNB dengan Syarikat Kawalan


















Pada 30 Julai 2009, satu lagi bentuk kerjasama telah dapat diwujudkan diantara koperasi dengan syarikat RL Kawalan Pro Sdn Bhd. Perbincangan tersebut diadakan di Pejabat Urusannya di Seremban Negeri Sembilan. Koperasi telah diwakili oleh Penasihat Tuan Hj. Ahmad Rusli Ibrahim, Sdra Mohamad Maon Pengerusi ALK dan Sdra Kamarulzaman Ahmad. Bagi pihak syarikat ia diwakili oleh Encik Ruslan Sukumi dan Encik Mohd Kenon.



Didalam pertemuan tersebut, wujud satu kesefahaman untuk bekerjasama bagi suatu projek bagi faedah bersama. Oleh itu, pertemuan tersebut akan diadakan dari semasa ke semasa.

Tuesday, July 28, 2009

Kursus Padanan Pengalaman Perniagaan



Gambar-gambar lawatan sepanjang kursus

Lawatan PerusahaanTanaman Chendawan di Puchong



Lawatan Ke Restoran Ani Sup Utara di Shah Alam




Lawatan Ke KOTEJA di Senawang Seremban




Lawatan Ke Hotel Mesra (Budget Hotel) Di Port Dickson




Lawatan Homestay di Sg. Sireh Tg. Karang, Selangor



Lawatan Ke MJ Fatona Ladang Ternakan Lembu dan Kambing di Batang Berjuntai Selangor


MKM telah menganjurkan kursus Padanan Pengalaman Perniagaan yang dahulu dikenali dengan nama 'Lawatan Sambil Belajar'. Kursus tersebut telah diadakan selama 5 hari bermula pada 20 - 24 Julai 2009 yang telah hadiri oleh seramai 29 orang wakil dari berbagai koperasi dari seluruh semenanjung. Koperasi PPK TNB telah diwakili oleh Pengerusi sdra Mohamad Maon dan Sdra Mohd. Noor

Kursus ini adalah bertujuan:

1. mengenalpasti aktiviti yang dijalankan oleh koperasi dan

2. mengaplikasi aspek-aspek positif dan peluang-peluang perniagaan yang dijalankan oleh koperasi yang dilawati

Semoga dengan pendedahan didalam kursus ini akan dapat diaplikasikan didalam koperasi, Insya Allah.

Seminar Sempena Hari Koperasi Negara 2009



Satu seminar sempena hari koperasi negara 2009 yang bertemakan 'Masyarakat Berkoperasi Jana Ekonomi: Kerjasama Antara Koperasi dan Jalinan Strategik' telah diadakan selama 2 hari pada 16 - 17 Julai 2009 bertempat Impiana Casuarina Ipoh, Perak Darul Ridwan. Koperasi PPK TNB telah menghantar 2 orang wakil iaitu Tuan Hj. Ibrahim bin Mohamed Setiausaha dan Sdra Daud Gimo wakil koperasi bagi cawangan Perak.


Objektif seminar diadakan supaya peserta mendapat manfaat antaranya
  • Pendedahan mengenai konsep kerjasama antara koperasi dan jalinan strategik
  • Berkongsi pengalaman kejayaan koperasi yang mengamalkan konsep kerjasama antara koperasi dan
  • membuka ruang untuk koperasi menjalin kerjasama di antara satu sama lain

Program yang diatur selama 2 hari telah dapat membentang 3 kertas kerja iaitu:

1. Jalinan Strategik: Kerjasama antara koperasi - Pengalaman Malaysia - Puan Hjh Hawa binti Mohd. Salleh (SKM

2. Strategic Aliance Co-operation among Cooperatives Japenese Consumers Cooperative Union Experience - wakil dari JCCU (Jepun)

3. Model Koperasi Pekerja Mondragon - Mr. John Christopher John Baptist (MKM Sabah)

Berikutnya diadakan bengkel 'Jalinan Kerjasama Antara Koperasi Kekuatan, Kelemahan dan Cabaran Koperasi' seterusnya diadakan sesi pembentangan resolusi.

Sesungguhnya seminar ini akan dapat meningkatkan sosio-ekonomi anggota koperasi dimana konsep ini adalah merupakan satu strategik untuk merealisasikan Dasar Ekonomi Negara. Oleh itu, pendedahan mengenai konsep amat diperlukan supaya koperasi dapat menghayati faedahnya.

Monday, July 06, 2009

Pengerusi, Setiausaha dan ALK hadir kursus

Pengerusi sdra Mohamad Maon, setiausaha Sdra Hj. Ibrahim Mohamad dan Sdra Mohd. Noor Zakaria ALK menghadiri kursus anjuran MKM. Sdra Mohamad Maon menghadiri kursus Penerbitan Elektronik - MS Publisher dan Sdra Hj Ibrahim Mohamed bersama Sdra Mohd. Noor Zakaria menghadiri kursus Pengurusan Pasar Raya. Kedua-dua kursus tersebut diadakan serentak pada tarikh yang sama pada 6 - 8 Julai 2009 selama 3 hari. Kursus ICT diadakan di MKM dan Kursus Pengurusan Pasar Raya diadakan di Shah Village Petaling Jaya.


Pemergian ALK menghadiri kursus ini adalah untuk persiapan koperasi menyediakan tenaga kerja yang professional bagi membantu aktiviti koperasi untuk meningkatkan prestasi. Sebagaimana yang kita sedia maklum ALK yang berilmu adalah diperlukan bagi pembangunan setiap koperasi. Adalah diharapkan ALK yang hadir kursus dapat membawa perubahan, walaupun mereka mengikuti kursus dengan pembiayaan duit poket mereka sendiri, namun semangat dan keikhlasan mereka untuk menjadikan koperasi ini berdaya maju adalah amat disanjung. insya'Allah.

Thursday, June 25, 2009

Keusahawanan Dalam Perniagaan Kek dan Bakeri

Gambar peserta kursus yang mengikuti kursus keusahawanan di atas

Pada 22 - 26 Jun 2009 satu lagi siri kursus di atas telah diadakan di MKM bagi memenuhi permintaan anggota koperasi bagi mengikuti kursus pembuatan Kek. Koperasi ini telah dihadiri oleh Sdra Mohd. Noor Zakaria dan Cik Nazatul Shima Mohamad anggota biasa. Sebagaimana biasa, mereka ini di ajar oleh chef-chef yang bertauliah didalam perniagaan kek dan bakeri. Adalah diharapkan mereka-mereka yang mengikuti kursus ini akan dapat mempraktikkan sebagai usahawan yang berjaya kelak. Insya'Allah.

Bicara Eksekutif


Wakil Koperasi yang turut hadir didalam majlis berkenaan

Dua orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) telah menghadiri Program 'Bicara Eksekutif' yang dianjurkan oleh MKM pada 23 Jun 2009 bertempat di Holiday Villa Subang. Dua orang ALK tersebut adalah Sdra Mohamad Maon Pengerusi dan Hj. Ibrahim Mohamed Setiausaha. Didalam Program sehari itu, sebanyak 2 kertas kerja telah dibentangkan iaitu

1. Peranan Kerajaan Dalam Meningkatkan Penggunaan Internet Dalam Koperasi oleh Puan Fatmah Mahmood Setiausaha Bahagian Pengurusan Teknologi Maklmat MOSTI dan

2. Faedah-Faedah Dalam Penggunaan Internet di Koperasi oleh Puan Norliza Junid Ketua Pegawai Operasi KOPETRO.


Kertas kerja tersebut adalah sejajar dengan tema 'Penggunaan Internet Dalam Pengurusan Koperasi'. Di akhir program tersebut satu majlis 'Menteri Bersama Pemimpin Koperasi' telah juga diadakan.

Monday, June 15, 2009

ALK Hadiri Bengkel Anjuran SKM Selangor

Pada 15 dan 16 Jun 2009 bertempat di Hotel Brisdale Kuala Lumpur, satu bengkel 'Pembangunan Produk dan Groom Big Peringkat Zon Tengah" anjuran SKM telah diadakan . Dua orang ALK iaitu Sdra Mohd. Noor Zakaria dan Sdra Shahruddin Abdullah Sani telah mengikuti seminar/bengkel ini.

Antara intipati bengkel ini beberapa kertas kerja telah dibentangkan, diantaranya:
Kertas Kerja 1. Tanaman Cili Fertagasi
Kertas Kerja 2. Peluang Pembiayaan SKM
Kertas Kerja 3. Perusahaan Kerepek Ubi dan Pisang (IKS)
Kertas Kerja 4. Peluang dan Cabaran Perniagaan Dalam Koperasi
Kertas Kerja 5. Hub Pembekalan Barangan Elektrik
Kertas Kerja 6. Industri Ternakan Burung Walet Emas
Kertas Kerja 7. Perniagaan Makanan & Minuman Berasaskan Coklat

Adalah menjadi dasar koperasi akan memberi peluang kepada semua ALK dan anggota koperasi untuk mengikuti/menghadiri seminar, bengkel dan kursus untuk mempersiapkan diri mereka untuk menceburi didalam bidang-bidang yang membawa kepada manfaat diri individu dan koperasi khasnya.

Saturday, June 13, 2009

Penyata Kewangan Koperasi Di Audit

Memandangkan Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB telah setahun wujud penubuhannya dan juga selaras dengan kehendak Undang-Undang Kecil (UUK) dimana tahun kewangan berakhir pada setiap 30 April, maka dengan itu juga buat pertama kalinya, kewangan koperasi di audit oleh Juruaudit dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Sejajar dengan itu, pada 12 Jun 2009 di Pejabat SKM Wilayah Persekutuan di Tingkat 9 bangunan Pertama kompleks, saya bersama Bendahari Hj. Ahmad Bakri bin Mohd. Zahir telah membawa segala dokumen yang berkaitan dengan penyata kewangan koperasi untuk di audit oleh SKM. Juruaudit berkenaan ialah Encik Mohd. Ikram.
Sebaik selesai penyata kewangan di audit, koperasi akan membuat persediaan untuk mengadakan mesyuarat agong. Mengikut syarat didalam UUK mesyuarat agong boleh diadakan dalam tempoh 6 bulan dari tempah berakhir tahun kewangan. Tarikh untuk mengadakan mesyuarat agong akan dibawa dan dibentang didalam mesyuarat ALK yang akan diadakan nanti. Cadangan untuk mengadakan mesyuarat agong tersebut akan diadakan pada bulan Oktober 2009, kerana pada bulan August dan September umat Islam akan menjalani ibadah puasa dan seterusnya menyambut idilfitri. Insya'Allah mesyuarat agong akan diadakan seperti yang dicadangkan.

Tuesday, June 09, 2009

Kursus Pengurusan Risiko

Bagi mengetahui sesuatu risiko didalam koperasi ketika pelaksanaan sesuatu projek harus diketahui dan oleh ALK atau pengurus yang bertanggungjawab, maka kursus yang berkaitan dengannya telah dianjurkan oleh MKM. Kursus tersebut diadakan selama 2 hari bermula pada 8 dan 9 Jun 2009 telah mendedahkan kepada peserta kursus bagaimana mengurus risiko. Untuk itu sdra Mohamad Maon Pengerusi telah mengikuti kursus berkenaan. Gambar di atas menunjukkan persediaan kumpulan untuk menyediakan kertas kerja bagi persembahan

Thursday, June 04, 2009

Kursus Keusahawanan & Perniagaan Kek dan Bakeri


Puan Normah Sarkawi ALK telah mengikuti kursus perniagaan dan bakeri selama 5 hari pada 1 - 5 Jun 2009 di MKM. Kursus ini dikendalikan oleh Chef-Chef yang terkenal didalam bidang pembuatan kek dan bakeri telah mengajar peserta kursus bagaimana untuk menjadi usahawan dalam pembuatan kek secara komersial.


Pihak MKM menyatakan bahawa kursus ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari anggota koperasi dan pihak MKM tidak dapat memenuhi permintaan yang terlalu ramai, maka kursus ini diadakan dalam dua siri. Siri akan datang pada 22 -26 Jun 2009dimana dua anggota dari koperasi ini telah terpilih untuk mengikutinya. Mereka ialah Sdra Mohd. Noor Zakaria ALK dan Puan Jumaiah binti Muzir anggota koperasi.


Adalah diharapkan kepada semua anggota yang telah mengikuti kursus ini agar dapat mempraktikkan segala pembelajaran dapat meningkatkan ekonomi dan juga membantu koperasi khasnya.

Wednesday, June 03, 2009

Kursus Asas Membangunkan Persembahan Multi Media

Pengerusi Koperasi sdra. Mohamad Maon telah mengikuti Kursus Asas Membangunkan Persembahan Multi Media di MKM Petaling Jaya selama 3 hari pada 1 - 3 Jun 2009. Kursus ini sepatutnya diikuti bersama Tuan Hj. Ahmad Rusli bin Hj. Ibrahim, tetapi malangnya Tuan Hj. Ahmad Rusli kesihatannya terganggu beliau tidak dapat hadir dalam kursus tersebut. Kursus ini amat berguna bagi koperasi kerana dapat menyediakan program-program dan aktiviti-aktiviti yang disusunatur dan diterjemahkan dalam bentuk multi media.
Harus diingat kursus-kursus yang diadakan di MKM adalah terbuka kepada semua ALK dan Anggota Koperasi untuk menyertai. Kepada semua anggota yang berminat untuk mengikuti kursus sila hubungi sdra Pengerusi di talian 013-3480294 atau sdra Ibrahim bin Mohamed di talian 013-4357387. Untuk makluman, semua ALK yang mengikuti kursus di MKM atau dimana sahaja adalah atas perbelanjaan sendiri.

Sdra Mohd. Noor Zakaria Masuk Hospital Sakit Jantung

Sdra Mohd. Noor Zakaria (ditengah) bersama Tuan Hj. Ahmad Rusli
Ibrahim dan sdra Kamarulzaman Ahmad ketika taklimat koperasi
TNB Kota Bharu Kelantan pada 17 November 2008

Pada 1 Jun 2009 bersamaan hari Isnin ketika itu saya berada di MKM untuk mengikut kursus 'IT Asas Membangunkan Persembahan Multi Media', saya menerima panggilan daripada Sdra Basharuddin Abdullah bahawa Sdra Mohd. Noor Zakaria ALK koperasi masuk Hospital Seri Kota di Klang kerana serangan sakit jantung. Beliau dimasukkan pada hari Jumaat. Setelah mendapat rawatan, beliau kini di tempatkan di wad 510. Saya mendoakan kepada Allah SWT moga-moga sdra Mohd. Noor beroleh kesihatan dan dapat menjalankan aktiviti seperti biasa. Insya'Allah.

Thursday, May 21, 2009

Pengerusi Menghadiri Kursus Bagaimana Mengurus Mesyuarat Yang Berkesan

Pada 18 Mei 2009, sdra Mohamad bin Maon selaku Pengerusi KPPK telah menghadiri kursus di atas sebagai persediaan koperasi untuk mengadakan mesyuarat agong pertama selepas ia ditubuh dan diluluskan oleh SKM. Kursus tersebut diadakan di MKM selama 2 hari bermula 18 - 20 Mei 2009 telah mendedahkan kepada peserta beberapa topik yang berkaitan dengan mesyuarat agong.
Antara topik yang diajar adalah
1. Persediaan mesyuarat agong
2. Perlaksanaan mesyuarat agong
3. Mesyuarat agong berkesan
4. Penulisan minit mesyuarat
5. Pengendalian mesyuarat agong (praktikal)
Selain dari kursus mesyuarat agong, beberapa ALK dan anggota koperasi telah menghadiri kursus yang lain pada tarikh yang sama. Antaranya Tuan Hj. Ahmad Rusli Hj. Ibrahim mengikuti Kursus 'Perniagaan Melalui Internet' dan Sdra. Mohd. Noor Zakaria bersama Sdra. Kamarulzaman Ahmad mengikuti kursus ' Peluang Perniagaan Industri Pelancongan". Semoga dengan mengikuti beberapa kursus berkenaan adalah diharapkan ianya akan dapat membantu untuk meningkat prestasi koperasi melalui peluang-peluang perniagaan sebagai penjana kepada tabung koperasi.

Tuesday, May 05, 2009

Seminar Keusahawanan Tani

Satu Seminar Keusahawanan Tani anjuran SKM Negeri Perak untuk koperator kawasan tengah akan di adakan selama 2 hari bermula pada 7 - 8 Mei 2009 bertempat di Teluk Batik Lumut Perak. Koperasi P&PK telah dipelawa untuk menyertai seminar tersebut dengan menghantar 2 anggota koperasi iaitu Hj. Ahmad Bakri bin Mohd. Zahir dan Sdra Kamarulzaman bin Ahmad. Diharapkan dengan penyertaan seminar ini, anggota koperasi akan dapat menimba banyak ilmu untuk kebaikan koperasi.

Friday, May 01, 2009

Bengkel Perancangan Program Latihan MKM 2010

Pada 30 April 2009 bertempat di MKM telah diadakan satu bengkel untuk merancang program latihan 2010. Seramai hampir seratus anggota yang terdiri daripada ALK dan anggota biasa yang mewakili setiap koperasi telah turut serta didalam program ini. Wakil dari KPPK ialah sdra Mohamad Maon Pengerusi, Hj. Ahmad Rusli Ibrahim dan Kamarulzaman Ahmad.
Program bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan idea dan maklumbalas dari wakil koperasi mengenai keperluan kursus kepada semua anggota koperasi. Walaupun program ini diadakan setengah hari sahaja, komitment yang diberikan oleh anggota koperasi sungguh menggalakkan. Dalam sesi 'sumbangsaran' (brainstorming) beberapa idea yang bernas dapat dicungkil bagi mengadakan kursus-kursus yang lebih berkesan kepada semua 'koperator'.
Adalah diharapkan, dimasa mendatang program seperti ini akan dapat diadakan lagi untuk mendapat 'feed back' dari semua koperasi.

Friday, April 24, 2009

Akan Menjadi Realiti

Koperasi kini telah memasuki memasuki fasa kedua penubuhannya tetapi sehingga kini mkoperasi tiada sebarang aktiviti yang dijalankan bagi mengisi dana koperasi. Oleh itu, satu perjumpaan telah diadakan pada 24 April 2009 bertempat di Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) iaitu Pengerusi KPPK sdra Mohamad Maon, Penasihat KPPK Hj. Ahmad Rusli Ibrahim dan Ahli Lembaga sdra Tan Baba, bagi menjayakan usaha untuk mendapatkan projek yang telah dikenalpasti antara lain adalah seperti berikut
1. Menyelia dan mengurus chalet dan taman rekresiasi di Ulu Dong Pahang
2. Mengurus dan menyediakan perkhidmatan di kantin Wisma TNB Jalan Timur KL
3. Mendaftar koperasi sebagai sebuah syaraikat
4. Mendapatkan Lesen Kawalan Keselamatan
5. Memasuki tender terbuka untuk mencuci bangunan TNB
6. Mengadakan, menyediakan program latihan keselamatan swasta
Adalah diharapkan kerjasama antara ALK dan anggota koperasi serta perancangan yang teratur akan menjadi realiti. Insya' Allah.

Perjumpaan Dengan IBA Security

Satu perjumpaan dan kunjung hormat telah diadakan pada 22 April 2009 antara wakil koperasi dengan Dato Ishak Awang Pengerusi Eksekutif syarikat berkenaan. Wakil koperasi diketuai oleh Pengerusi Kop PPK sdra Mohamad Maon, sdra Tan Baba Ahli Lembaga dan Sdra Kamarulzaman Ahmad. Perjumpaan ini adalah bagi kali kedua, telah diadakan di Pejabat IBA Security di Seremban. Di dalam perjumpaan dan perbincangan tersebut antara lain, koperasi meminta kepakaran dan khidmat nasihat serta mendapat sokongan dari Dato' untuk mengwujudkan satu bentuk kerja usaha sama (joint venture) antara koperasi dengan syarikat berkenaan.
Bagi merealisasikan cadangan tersebut satu perjumpaan dan lawatan tapak akan diadakan pada 4 Mei 2009 di Pusat Latihan di Nilai untuk melihat secara dekat aktiviti yang dijalankan di pusat berkenaan.

Hj. Ibrahim Menunaikan Umrah


Pada 18 April 2009, Hj. Ibrahim bin Mohamed Setiausaha Koperasi PPK berangkat ke Tanah Suci bersama dengan dua orang isteri menunaikan umrah. Saya bagi pihak KPPK mengucapkan selamat menunaikan umrah supaya mendapat keberkatan dari ALLAH SWT dan memperolehi umrah yang mabrur.

Tuesday, April 14, 2009

Dari Meja Pengerusi

Kenapa Kita Tubuh Koperasi?


Kawan, rakan dan sahabat adalah satu kehendak fitrah manusia semula jadi. Kerana dengannya kita akan dapat berkongsi idea, berkongsi pandangan, berkongsi pendapat dan lain-lain. Semasa kita masih bekerja, kita mempunyai ramai kawan, rakan dan sahabat (tidak termasuk handai taulan) dan kita tidak merasa bosan dan jemu atau kesunyian kerana kita ada KAWAN, RAKAN DAN SAHABAT di sekeliling kita, mereka diumpamakan sebagai penghibur.
Apabila kita pencen dalam erti kata lain kita di'bersara'kan dari perkhidmatan kerana telah mencapai umur persaraan, maka segala apa yang selama ini kita lakukan seperti bangun pagi, datang ke pejabat, jumpa kawan, buat kerja, sembang-sembang, dan lain-lain, semuanya itu telah tiada lagi kerana aktiviti tersebut telah terhenti bersama di atas persaraan kita. Kita tidak ada kawan, rakan dan sahabat lagi, melainkan isteri kita sahaja yang menjadi rakan, sahabat yang paling setia, begitulah nasib orang pencen atau pesara.
Untuk menghilangkan diri dari rasa bosan dan jemu tanpa kawan, kita tubuhkan koperasi supaya dengan tertubuhnya koperasi maka kita dapat berkumpul dan menyatukan rakan yang sama dalam perkhidmatan dulu dapat disatukan. Penyatuan ini berbeza dari semasa dalam pekerjaan, kerana dalam pekerjaan kita sama-sama muda, jiwa, perasaan, kehendak semuanya muda, tetapi sekarang perasaan dan jiwa itu semua telah berubah dan bertukar mengikut kehendak usia. Kita tidak lagi ligat ke sana kemari tetapi kita sekarang ligat ke mesjid, surau atau musallah untuk melakukan amalan untuk memenuhi dan melalui serta meniti usia-usia di penghujungan.
Koperasi yang kita tubuhkan adalah bermatlamatkan untuk membantu bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh anggota-anggota pesara, kerana anggota yang bersara ini sedikit sebanyak akan berlaku satu kejutan terhadap dirinya.
bersambung........

Sunday, April 12, 2009

Kursus PowerPoint Di MKM


Petaling Jaya - Seramai 3 orang ALK dan seorang anggota koperasi telah mengikuti kursus Persembahan yang Berkesan dengan MS Powerpoint di MKM selama 3 hari bermula pada 6 April hingga 8 April 2009. Mereka ialah Sdr. Mohamad Maon, Hj. Ahmad Rusli Hj. Ibrahim, Sdr. Mohd. Noor Zakaria dan Sdr. Kamarulzaman Ahmad. Walaupun kursus ini diajar dalam masa yang singkat, semua peserta kursus terutama yang veteran dapat mengikuti dengan jayanya. Ada juga diantara peserta kursus lambat menerima apa yang diajar, tetapi akhirnya mereka dapat menyediakan persembahan diakhir kursus dengan menarik. Kita semua maklum, bahawa IT ini bukan lahir pada tahun 60an dan sezaman dengan golongan veteran, ia datang untuk genarasi terkini. Syabas dan tahniah.

Dari Meja Pengerusi

Sejak ditubuhkan pada bulan Jun 2008, sudah 6 bulan koperasi beroperasi ini bermakna koperasi telah melepasi tahap pertama separuh masa dan kini koperasi memasuki pula tahap ke separuh masa kedua. Tahap ini, adalah tahap dimana segala perancangan yang telah diatur dan disusun akan dilaksanakan sebelum ALK di audit didalam mesyuarat agung nanti.
Didalam mesyuarat ALK yang telah diadakan pada 28 Februari yang lalu, ALK telah membangkitkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Pertama mencari dan menyediakan tempat ruang pejabat koperasi, tanpa ada ruang pejabat adalah sukar koperasi untuk mengadakan segala aktiviti koperasi seperti mengadakan mesyuarat dan perbincangan serta menguruskan urusan pentadbiran. Kedua mendaftar koperasi dibawah kementerian kewangan melalui kebenaran SKM untuk mendapatkan projek melalui tender terbuka. Ketiga semua ALK dikehendaki berperanan untuk memajukan dan menggerakan koperasi secara kolektif. Tanpa kerjasama dikalangan ALK, koperasi tidak akan memperolehi kejayaan sebagaimana yang diharapkan oleh anggota koperasi.