Saturday, December 15, 2012

Menjejaki Pesara Keselamatan 8

Dalam mesyuarat agung koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB yang diadakan pada 15 Disember 2012 yang telah diadakan di Adamson Hotel Kuala Lumpur ramai dikalangan pesara yang hadir. Saya sempat merakamkan gambar beberapa orang pesara yang ingin di muatkan didalam blog ini sebagai ingatan dan kenang-kenangan di masa akan datang. Antara mereka adalah:


Tuan Hj. Ahmad Rusli bin Hj. Ibrahim yang kini berusia 71 tahun. Beliau adalah mantan Ketua Pegawai Keselamatan dan telah bersara dari perkhidmatan selama 16 tahun. Masih kelihatan sihat dan ceria.


Tuan Hj. Zainuddin bin Mat Dawi mantan Ketua Gerakan dan Pentadbiran di Ibu Pejabat kini beliau berusia 70 tahun berasal dari Pahang dan kini menetap di Taman Sri Gombak.


Tuan Hj Ahmad Bakri bin Mohd Zahir bekas Sarjan Mejar berusia 62 tahun kini beliau menetap di Johor Bharu. Kelihatan sihat dan ceria.


Tuan Hj. Shahruddin bin Abdullah bekas kopral dan telah bersara selama 6 tahun berusia 62 tahun, dan kini menetap di Mentakab Pahang

Thursday, December 06, 2012

Mesyuarat Agung Koperasi Ke 4

Sebagaimana yang semua sedia maklum bahawa koperasi dikehendaki mengadakan mesyurat agung setiap tahun bagi memenuhi tuntutan undang-undang kecil koperasi (UUK) dan akta koperasi. Menurutnya mesyuarat agung mesti diadakan sama ada koperasi tersebut mempunyai aktiviti atau tidak. Berdasar kepada UUK koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan tidak mempunyai pilihan selain mesti mengadakan mesyuarat tersebut selewat-lewat bulan oktober setiap tahun. Oleh kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan mesyuarat berkenaan tertangguh sehingga bulan Disember. 

Dalam mesyuarat ALK pada November 2012. ALK telah bersetuju dan menetapkan tarikh pada 15 Disember 2012  untuk mesyuarat tersebut diadakan dan ALK juga bersetuju lokasi mesyuarat adalah di Kuala Lumpur.

Oleh itu, saya bagi pihak pengerusi dan ALK dengan ini menjemput tuan/puan untuk menghadiri mesyuarat berikut:

Tarikh   :   15 Disember 2012
Masa    :    09.30 pagi
Tempat :    Dewan Geliga, Tingkat Satu, Adamson Hotel, Lorong Hj Hussin 2 Kuala Lumpur

Surat edaran mengenai notis pemberitahuan mesyuarat agung berkenaan. telah pun dihantar kepada semua ALK dan juga anggota koperasi. Sekian dimaklumkan.

Wednesday, December 05, 2012

Menjejaki Pesara Keselamatan 7

Pada 3 Disember 2012, saya telah menemui salah seorang bekas Pegawai Keselamatan. Pertemuan tersebut diadakan dirumah beliau, setelah saya menghubunginya terlebih dahulu. Jika tidak menghubungai beliau, dikhuatiri beliau tidak ada di rumah. kerana beliau sejak 2 tahun kebelakangi ini, beliau mendapat rawatan dihospital membuat hemodialisis. Beliau adalah Tuan Hj. Kamaruddin bin Imas, berusia 66 tahun sudah bersara selama 11 tahun dari perkhidmatan TNB. Beliau menetap di No 34, Jalan Teres 8/1B, Shah Alam.

Tuan Hj Kamar kelihatan ceria bercerita mengenai dirinya

Semasa dalam perkhidmatan, beliau merupakan pegawai keselamatan ranking no 3.dalam jabatan. Sebelum beliau memasuki LLN/TNB beliau dari BPR. Beliau bersara dalam Unit PEKEMAS (Perolehan Kembali Hasil). Dalam pertemuan dengan Tuan Hj. Kamar (ringkas nama Kamaruddin), beliau menyatakan sejak dua tahun kebelakangan, beliau kerap dimasukan ke hospital kerana penyakit yang dihidapinya dan pernah mengalami tanpa penglihatan (buta mata)  selama 2 bulan. Hasil usaha beliau dari  beberapa  tempat yang beliau mendapat rawatan,  akhirnya dengan izin Allah, Alhamdulillah, beliau dapat melihat semula.



Kedatangan saya kerumah nya, isterinya  menyajikan pulut dengan durian dan kueh bahulu, terasa enaknya. makan seperti ini, teringat saya masa kecil di kampung bersama dengan arwah Mak Tua (mak we) makan nasi dengan santan dan digaul dengan durian. Makan seperti itu jarang diamalkan oleh generasi masa kini.

makan pulut dengan santan dan durian

Akhir kata sebelum saya meninggalkan rumahnya saya mendoakan kesihatan Tuan Hj Kamar akan  bertambah baik walaupun beliau menjalani rawatan hemodialisis.

Monday, November 19, 2012

Menjejaki Pesara Keselamatan 6

Seorang lagi pesara keselamatan yang sering saya temui dan masih sihat dan suka melancung keluar negara. dan boleh dikatakan separuh daripada dunia ini telah beliau lawati selain dari Mekah untuk menunaikan  fardhu haji. Antara Negara yang beliau lawati antaranya negara-negara Eropah, Korea, Jepun, China, Philipina, Indonesia, Vietnam. Thailand, Iran, Turki dan negara-negara Arab. Beliau adalah Tuan Hj. Adanan bin Kasian (gambar di bawah) yang kini berusia 67 tahun dan telah bersara selama 12 tahun dari perkhidmatan Keselamatan LLN/TNB.  Beliau merupakan sahabat karib saya yang mempunyai tarikh lahir, hari dan bulan yang sama iaitu 16 Ogos kecuali tahunnya berbeza, saya tahun 1949 dan beliau tahun 1945. Beliau adalah bekas anggota tentera dari Kor UGAT (Urusan Gaji Angkatan Tentera). Beliau bersara dari perkhidmatan keselamatan dengan menyandang pangkat kopral.


Beliau kini menetap di Sg Dulang-Dulang, Batu Pahat Johor, kini mengusahakan kebun kelapa sawit sepenuh masa. Beliau sering menyatakan kepada saya, apabila telah bersara kita perlu melakukan dan membuat kerja bagi mengeluarkan peluh supaya badan kita tidak manja dan berkebun adalah sebahagian daripada eksesais tersebut.

Sunday, November 18, 2012

Menjejaki Pesara Keselamatan 5 (Tuan Hj. Mohd. Hanafi bin Hj. Hassan)

Pada 19 November 2012 di Subang, saya telah bertemu dan berbual dengan beliau secara kebetulan beliau ingin berjumpa dengan saya. Beliau adalah seorang bekas Bos Keselamatan dan juga seorang pesara yang telah bersara selama 12 tahun (pada kiraan saya). Bekas Bos ini, saya pasti semua anggota keselamatan mengenalinya kecuali anggota yang baru masuk berkhidmat. Beliau ialah Tuan Hj Mohd, Hanafi bin Hj. Hassan. 


Semasa dalam perkhidmatan LLN/TNB beliau merupakan timbalan kepada Pengurus Kanan Tuan Hj. Ahmad Rusli bin Hj. Ibrahim. Apabila Tuan Hj. Ahmad Rusli bersara pada usia 55 tahun, maka Tuan Hj  Mohd. Hanafi telah mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Keselamatan TNB. Tidak berapa lama beliau memimpim Jabatan Perkhidmatan Keselamatan TNB, beliau ditukarkan bagi menjawat jawatan Ketua Pegawai Keselamatan di UNITEN sehingga beliau bersara. Kini beliau berusia 67 tahun. 

Dalam pertemuan saya dengan beliau, beliau menyatakan bahawa beliau telah menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass) tiga tahun yang lepas. Saya melihat dari segi fizikal beliau bertambah segak dan sihat. Saya mendoakan semoga Allah memberi kesihatan kepada beliau untuk menjalani hidup di alam persaraan .   Beliau kini menentap di No 15, Jalan USJ 2/2Q UEP Subang Jaya.

Monday, October 29, 2012

Buat Aqiqah Cucu yang Sulung

Pada hari minggu tanggal 28 Oktober 2012 yang lalu, saya bersama isteri Normah membuat aqiqah dua ekor kambing untuk cucu lelaki bernama Muhammad Rayyan anak kepada Khairil Anuar dan Nurul Nazmi. Aqiqah dibuat sempena pada tiga Hari Raya Aidil Adha di rumah Ustaz Ariffin Harun di Teras Jernang, Bangi. Disamping Aqiqah, dilaksanakan juga korban 3 ekor lembu yang disumbang oleh ahli-ahli usrah yang belajar dengan Ustaz Ariffin. 

Thursday, October 25, 2012

Trip ke USS

Pada 5 - 7 Oktober 2012 yang lalu, kami sekeluarga melancong ke Singapura. Oleh kerana telah lama meninggalkan Singapura hampir 40 tahun, hati mengimbau kembali untuk melihat situasi di Singapura. Selama  tidak ke Singapura keadaannya telah banyak berubah. Pemergian kesana adalah bersama trip rombongan dengan menaiki bas bayaran pakej seorang sebanyak RM370.00 untuk dua hari satu malam. Hari pertama, kami dibawa mengelilingi Singapura dan singgah di beberapa tempat untuk ber'shopping'. Antara lokasi yang kami lawati adalah Mesjid Sultan di Kg Gelam dan bersolat di sana, Arab Street, Kedai Martabak Zamzam. Mustaffa Shopping Centre, Esplanade, Flyer dan beberapa tempat lagi. Antara tempat yang sempat dirakamkan seperti gambar dibawah


Peserta yang mengikuti rombongan ke USS


Mesjid Sultan Kg. Gelam


Kedai Martabak ZamZam yang terkenal di Arab Street


Pusat Shooping "Mustafa Centre"

da hari kedua, ke USS di pulau Sentosa disana 


p

Wednesday, October 24, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Sempena kedatangan 10 Zulhijjah 1433 bersamaan 26 Oktober 2012 (hari Jumaat), saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua Umat Islam terutama umat Islam yang berada di Makatul Mukarramah ketika ini yang sedang berwukuf di Arafah untuk menunaikan fardhu haji, moga-moga mereka ini beroleh haji yang mabrur daripada Allah SWT. Insya Allah.

Selamat Hari Raya Aidil Adha - maaf zahir batin

Sunday, October 21, 2012

Menjejaki Pesara Keselamatan 4

Baru-baru ini pada awal bulan Oktober 2012, saya sempat berjumpa dengan seorang pesara keselamatan yang masih lagi aktif dan bekerja dengan sebuah syarikat besar iaitu Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) sebagai Pegawai Keselamatan. Dalam pertemuan saya dengannya ketika saya melawati beliau di Seremban, beliau kelihatan sihat dan segak walaupun usia beliau telah mencapai tahap 60 tahun. Beliau yang saya maksudkan ialah sdra Hamzah bin Redza seperti gambar dibawah. Semasa dalam perkhidmatan dengan LLN/TNB beliau berpangkat Sarjan dan berkhidmat di Stesen Janaelektrik Sultan Salehuddin Ab. Aziz Kapar Selangor.
\

sdra Hamzah Redza ketika saya temui beliau di Seremban

Seorang lagi pesara keselamatan adalah seorang Eksekutif yang baru sahaja bersara pada usia 56 tahun. berjawatan Ketua Inspektor. Beliau adalah Tuan Hj. Ahmad Nasir bin Abdul Rahim. Beliau merupakan rakan karib saya ketika bertugas di bawah satu seksyen yang mana beliau mengetuai Seksyen Latihan. Beliau kini menetap di Bentong Pahang, kelihatan sihat daripada segi fizikal dan beliau saya rasa masih boleh lagi berkhidmat sehingga 60 tahun tetapi beliau tidak ingin meneruskan perkhidmatan kerana ingin berehat, 

a

Tuan Hj. Ahmad Nasir bin Abdul Rahim

Akhirnya saya mendoakan kepada dua orang pesara diatas, semoga mereka beroleh kesihatan didalam menempuh alam persaraan sebagaimana saya yang sudah bersara selama 7 tahun. 

Wednesday, October 03, 2012

Kenangan Bersama Pesara Keselamatan di Utara

Assalamualaikum wbt kepada semua anggota keselamatan tnb, terutama kepada bekas-bekas anggota keselamatan semasa dalam perkhidmatan LLN dan juga TNB. Dibawah ini, adalah gambar yang dirakamkan semasa En Mohd. Noor, En. Kamarulzaman dan juga Tuan Hj. Ibrahim dalam lawatan ke Utara Tanah Air untuk menziarahi member-member lama yang telah bersara dan bertanya khabar. Mereka-mereka ini kelihatan dalam gambar masih sihat walaupun diantaranya telah mencapai usia 70 tahun 


Kelihatan dalam gambar, saya sebutkan nama yang saya kenal antaranya dari kanan ke kiri: Kamarulzaman Ahmad. Mohd Radzi Mat Saman. Mohd. Noor Zakaria, Hj. Ahmad Lebai Kadir, disebelahnya saya tak tahu nama dan dibelakang Kamarulzaman saya tak tahu namanya, Ghazali Gubramiah, Mohd. Sidek dan Hj. Ibrahim Mohamed.

Saya mengambil kesempatan disini, semoga pesara keselamatan berada didalam kesihatan dan Insya' Allah jika ada masa dan luang kita akan berjumpa dan mengeratkan lagi silaturrahim yang terputus kerana bersara dari perkhidmatan - Mohamad bin Maon

Monday, October 01, 2012

Menjejaki Pesara Keselamatan 3

Baru-baru ini pada 30 September 2012, kami telah mengadakan pertemuan dengan beberapa orang pesara keselamatan didalam satu mesyuarat yang diadakan di Klang. Pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan aktiviti koperasi yang diasaskan oleh pesara itu sendiri. Antara pesara berikut adalah seperti dibawah dan mari kita kenali pesara berkenaan:


Gambar di atas adalah Encik Mohd Noor bin Zakaria berusia 65 tahun, kini seorang kontraktor yang berjaya dikalangan pesara-pesara yang lain dan mempunyai syarikatnya sendiri. Kini beliau menetap di Klang . Beliau bersara dengan pangkat Kopral.


Berikut ini pula adalah pesara yang bernama Hj. Ibrahim bin Mohamed bekas seorang Sarjan Mejar yang kini menetap di Ipoh berusia 64 tahun, masih sihat dan selalu berjoging dan masih aktif bersukan kerana menurutnya untuk menjaga kesihatan. Baguslah tu....


Gambar di atas ini adalah pesara Johari bin Sharif bekas seorang Kopral kini menetap di Seremban dan berusia 62 tahun. Beliau juga merupakan seorang yang berjaya didalam bidang perniagaan. 


Yang ini pula pesara Hussin bin Abdul Rahman bekas seorang Sarjan Mejar, beliau berusia 59 tahun dan sekarang menetap di Tapah Road. Beliau kini menjalankan kerja-kerja sendiri. Masih sihat tubuh badan.

Begitulah 4 orang pesara yang sempat saya rakamkan gambar terbaharu mereka untuk tatapan rakan-rakan pesara ataupun yang masih berkerja. Insya' Allah kita berjumpa dengan pesara-pesara yang lain dalam entry akan datang. - Laporan Mohamad bin Maon

Thursday, September 20, 2012

Menjejaki Pesara Keselamatan 2


bergambar bersama Pak Atan di jamuan hari raya pesara TNB

Semasa Jamuan Hari Raya Pesara TNB yang diadakan di Rumah Pesara, Jalan Ledang, Kuala Lumpur pada 11 September 2012, saya berkesempatan berjumpa dengan bekas anggota keselamatan iaitu Kpl Atan yang telah bersara selama 31 tahun. Beliau bersara pada tahun 1981 semasa didalam LLN. Jadi  beliau kini berusia 86 tahun. Beliau kelihatan sihat dan ceria semasa saya berjumpa dengannya. Beliau menjelaskan bahawa beliau telah lupa dengan saya. maklumlah beliau telah lama meninggalkan perkhidmatan.  Dalam perbualan tersebut, beliau menyatakan pada tahun ini beliau akan menunaikan fardhu haji ke tanah suci. Saya mendoakan beliau selamat berangkat ke tanah suci dan selamat kembali ke tanah air dengan memperolehi haji yang mabrur, Insya Allah. Amin

Monday, September 17, 2012

Menjejaki Pesara Keselamatan

Salam dan sejahtera kepada semua bekas anggota dan pesara keselamatan TNB. Sempena di bulan syawal 1433 Hijriah yang baru lalu, saya bersama sdra Mohd. Noor Zakaria (pesara keselamatan juga) berkesempatan mengunjungi bekas-bekas anggota dan pesara keselamatan untuk berziarah dan bertanya khabar. Ada di antara mereka yang saya kunjungi, ada yang sihat dan ada juga yang kurang sihat kerana faktor usia dan ada yang sakit akibat kemalangan jalanraya. 

Pertama saya kunjungi ke rumah bekas Kopral Basharuddin bin Abdullah di Seksyen 7 Shah Alam. Beliau yang kini berusia 66 tahun tapi masih sihat dan beristirihat sepenuhnya di rumah dengan isterinya.


Bergambar bersama sdr Mohd Noor di kiri dan sdra Basharuddin di kanan ketika kunjungan kami ke rumah beliau

Di hari yang lain dalam bulan syawal juga, saya bersama sdr Mohd Noor melawat ke rumah bekas Sarjan Mejar Hj Sufian bin Ibrahim di Seremban 3. Beliau kini yang berusia 63 tahun, baru sahaja sembuh dari sakit akibat kemalangan jalan raya. Disamping turut serta dalam kunjungan tersebut bekas Sarjan Kamarulzaman bin Ahmad yang menetap di Seremban. Beliau kini berusia 67 tahun dan sedikit uzur kerana masalah kesihatan, walaubagaimana pun kini beliau masih ,mendapat rawatan pakar di hospital. Ringkasnya, bekas-bekas pesara keselamatan yang saya kunjung dan temui semuanya sudah menjangkau ke usia 60 tahun ke atas.


Hj Sufian bersama isteri dan cucunya ketika kami membuat junjungi ke rumah beliau baru-baru ini  


Sdr Kamarulzaman Ahmad (kanan) bersama dengan Hj. Sufian, Kelihatan Hj. Sufian bertambah sihat dari segi fizikal akibat kemalangan yang dialaminya

Itulah tiga orang pesara keselamatan TNB yang sempat kami temui sempena di bulan Syawal. Insya'Allah kita akan temui pesara-pesara didalam berita akan datang. Untuk makluman, sdra Mohd. Noor Zakaria juga adalah pesara keselamatan TNB berpangkat Kopral, yang kini berusia 65 tahun dan saya sendiri ketika bertugas berpangkat Sarjan berusia 63 tahun. Di akhirnya, saya bermohon kepada Allah SWT semoga diberikan kesihatan kepada semua rakan-rakan saya yang semuanya pesara keselamaran TNB dilimpahi  rahmat dan hidayat yang berkekalan sehingga akhir hayat. Amin

Saturday, August 18, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri


Esok (19/8/2012 Hari Sabtu bersamaan 1 Syawal 1433H) Insya Allah, umat Islam seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kedatangan syawal disambut dengan takbir dan tahmid memuji kebesaran Allah SWT. Kedatangannya memang dinanti-nantikan. Pemergian Ramadhan berlalu dengan begitu sayu, kerana bulan tersebut dipenuhi dengan rahmat Allah untuk umat Muhammad di akhir zaman. Saya bagi pihak pengerusi Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin

Saturday, July 28, 2012

Ke Rumah Tuan Hj. Ahmad Rusli di Bentong

Pada 20 Julai 2012 hari Jumaat sehari sebelum puasa, saya bersama Mohd Noor Zakaria turun ke Bentong dengan menaiki kereta BMW nya, bertujuan ke rumah Tuan Hj Ahmad Rusli Ibrahim bekas bos saya ketika dalam perkhidmatan dulu. Tujuan ke sana adalah untuk berjumpa dan bertanya khabar kerana lama terputus hubungan selain untuk mendapat salinan kad pengenalan bagi memohon mendapatkan sijil MOF (kerana Tuan Ahmad Rusli adalah bekas pengerusi Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB) Sijil MOF ini lama sudah kami memohonnya melalui koperasi tetapi disebabkan teknikal sehingga kini masih belum diperolehi. 

Setibanya kami berdua kerumah Tuan Ahmad Rusli. kami berjumpa isteri beliau menyatakan hajat kami. Tapi malang Tuan Ahmad Rusli baru saja pergi ke Raub kerana ada urusan dan bersolat jumaat disana serta dijangkakan akan balik pada waktu petang.  Isteri beliau memberitahu jika ada urusan penting memintanya kami meninggalkan pesanan yang saya tulis di atas sekeping kertas supaya dapat disampaikan kepada Tuan Ahmad Rusli. Saya amat berharap Tuan Ahmad Rusli memberi respon kepada pesanan saya.

Seminggu kemudian, pada 27 Julai 2012, saya menerima surat dari Tuan Ahmad Rusli dengan salinan kad pengenalan beliau. Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana memudahkan saya menguruskan pendaftaran semula untuk memohon sijil MOF bagi kegunaan koperasi yang selama ini tidak mempunyai aktiviti.

Untuk makluman semua ALK dan anggota koperasi, sebenarnya koperasi ini yang ditubuhkan atas dasar kepentingan anggota dan pesara hanya beberapa orang saja yang menggerakkannya. Kerapkali bila dipanggil untuk mesyuarat ALK boleh dikatakan tiada mendapat sambutan dan tidak pernah cukup kourum. Disebabkan inilah, mesyuarat ALK bagi sesi 2011/2012 baru dapat diadakan dua kali sahaja. Perkara ini telah saya bawa ke pengetahuan Encik Hamni SKM Wilayah. 

Saya, insya Allah akan berusaha untuk membangun dan menggerakan koperasi ini sehingga beroleh kejayaan walaupun kejayaan yang diharapkan masih lagi jauh dari jangkauan, kerana untuk menubuhkan sesuatu koperasi bukannya perkara mudah, ia melalui banyak proses. Semua proses itu telah saya lalui dan kini telah memasuki 4 tahun penubuhannya. Bak kata pepatah dulu-dulu 'usaha adalah tangga kejayaan'.

Friday, July 20, 2012

Menyambut Ketibaan Ramadhan Al Mubarak

Pada hari ini 21 Julai 2012 kita menyambut ketibaan ramadan dengan mula berpuasa setelah sebelas bulan kita makan diwaktu siang. Bulan ramadan adalah satu bulan yang penuh dengan keberkatan. Oleh itu, kita bersama menjalani ibadah bepuasa dengan penuh khusuk dan tawaduk semoga kita kelak akan mendapat ganjaran pahala dan rahmat Allah SWT

Selamat berpuasa......semoga puasa kita akan diterima oleh Allah SWT

Friday, July 06, 2012

Cadangan Mengadakan Reunion

Jawatankuasa ALK dalam mesyuarat pada 30 Jun 2012, telah mencadangkan untuk mengadakan reunion untuk pesara-pesara dan pekerja keselamatan termasuk anggota koperasi yang bertujuan untuk berkumpul dalam satu majlis bagi mengeratkan hubungan silaturrahim. Cadangan reunion diadakan pada bulan Oktober 2012 di Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Bagi tujuan tersebut Jawatankuasa ALK akan mendapatkan maklumat daripada kalangan pesara/pekerja dan juga anggota koperasi, sama ada mereka bersetuju untuk menghadiri program yang dicadangkan. Program reunioan adalah satu majlis yang dinamakan malam himpunan mesra dikalangan pesara/pekerja dan juga anggota koperasi. Selain daripada majlis makan malam diadakan juga sukan keluarga disebelah pagi keesokannya. Apa yang lebih penting adalah untuk mencapai matlamat mengadakan mesyuarat agung tahunan koperasi dapat diadakan dalam suasana semua anggota hadir sama.

Bajet bagi mengadakan program reunion akan diusaha dengan mencari penaja bagi menampong perbelanjaan disekitar 5 atau 6k. Adalah diharapkan program yang dirancangkan ini mendapat sambutan dari kalangan pesara/pekerja dan anggota koperasi.

Wednesday, July 04, 2012

Mesyuarat ALK ke 2 baru dapat diadakan

Setelah sekian lama mesyuarat pertama diadakan sebailk sahaja mesyuarat agung tahun lepas pada 30 Oktober 2011, mesyuarat ALK ke 2 baru dapat diadakan pada 30 Jun 2012. Dalam tempoh 6 bulan selepas mesyuarat pertama, Jawatankuasa ALK tidak pernah ada ruang untuk dapat mengadakan mesyuarat walaupun perancangan dan fokus tarikh-tarikh mesyuarat telah ditetapkan, malangnya tarikh-tarikh tersebut selalu menyebabkan ada dikalangan ALK.tidak dapat hadir yang memungkinkan tidak cukup korum untuk bermesyuarat. 

Apabila mesyuarat tidak dapat diadakan, maka banyak maklumat dan idea tidak boleh disampai dan disalurkan untuk kebaikan dan memanfaatkan koperasi, begitu juga jika ada segala keputusan yang hendak diambil dan dilakukan maka tidak boleh dilaksanakan kerana tidak mendapat mandat sepenuhnya dari ALK. Begitu lah keadaannya hingga ke hari ini.

Memperkatakan mengenai Sijil Kementerian Kewangan (MOF), koperasi telah memohon untuk mendapatkan sijil pada akhir 2010 tetapi sehingga kini koperasi belum lagi memiliki sijil tersebut. Apabila sijil tersebut tidak diperolehi, maka koperasi tidak mempunyai aktiviti, apabila koperasi tidak mempunyai aktiviti maka koperasi dianggap tidak berdaya maju dan seolah-olah koperasi mati (bak kata pepatah "hidup segan mati tak mahu") kerana koperasi tidak mempunyai sumber dana untuk mengisi tabung koperasi.

Permohonan sijil berkenaan telah dibuat bayaran pendaftaran kepada MOF kerana disebabkan teknikal iaitu ada dikalangan ALK yang tidak memberikan salinan Kad Pengenalan. maka permohonan tersebut telah dikembalikan. Kini koperasi terpaksa mnemohon kembali untuk mendapatkan mendapatkan sijil berkenaan. Oleh itu didalam mesyuarat baru-baru ini, saya selaku pengerusi telah meminta kerjasama ALK dan menekankan koperasi perlu mendapatkan sijil tersebut untuk aktivitinya.

Dalam meyuarat tersebut, saya telah menyatakan hasrat meminta kerjasama dan jasa baik En Mohd Noor selaku ALK, dapat memberi ruang supaya koperasi mempunyai pejabat di tempat beliau. Saya merasa cukup terharu kerana beliau telah memperuntukkan ruang pejabat koperasi yang sama tingkat dengan pejabatnya dan akan diubahsuai untuk kegiatan koperasi. Saya bagi pihak koperasi mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan yang diberikan kepada koperasi walaupun beliau adalah merupakan ALK koperasi itu sendiri.

Dalam mesyuarat itu juga saya telah menyentuh beberapa perkara, diantaranya geran SKM dan pinjaman mudah untuk koperasi, permit teksi dan membuka kedai 1 Malaysia tetapi semuanya untuk perhatian dan tindakan susulan. Apa yang perlu saya fokuskan kini adalah dua perkara penting iaitu Sijil MOF dan ruang pejabat koperasi. Jika ini, dapat diperolehi segala aktiviti dapat dilakukan. Insya Allah

Thursday, June 21, 2012

Program Klinik Akaun Koperasi

Pada 19 dan 20 Jun 2012, selama dua hari, saya telah menghadiri satu program di atas bersama sdr. John selaku Bendahari Koperasi ,atas jemputan untuk mengaudit akaun koperasi yang berakhir pada 30 April setiap tahun. 

Program tersebut telah diadakan di Hotel Putra Kuala Lumpur atas anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) cawangan Wilayah Persekutuan bagi membantu semua koperasi yang bernaung dibawahnya untuk menyediakan penyata akaun dengan betul dan teratur. Dengan di bantu oleh Encik Shahril Juruaudit SKM, koperasi kami dapat menyediakan penyata tersebut dan sekaligus menghantarnya kepada SKM untuk kelulusan mereka.

Kami dari Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB mengucapkan ribuan terima kasih di atas program klinik tersebut dan berjaya menyediakan penyata atas nasihat dan tujuk ajar dari juruaudit SKM - terima kasih.

Tuesday, February 28, 2012

Trip Ke Padang/Bukit Tinggi Indonesia

Saya bersama isteri ketika tiba di terminal BIM Indonesia

Pada tahun ini, bermula Januari dan Februari 2012, saya sudah melancung tiga destinasi, Pertama di Jakarta/Bandung, Pulau Langkawi  dan baru-baru ini pada 24 - 27 Februari 2012 saya melancung ke Padang/Bukit Tinggi Indonesia. Trip ke Padang selama 4 hari ada lah bersama dengan ahli jemaah surau. Seramai 21 orang termasuk pasangan suami isteri dan anak serta cucu telah mengikuti rombongan yang di 'organise'kan oleh saya sendiri. Pada 24 Februari 2012 tepat jam 8.30 pagi (WIB), penerbangan Air Asia yang  kami naiki mendarat di BIM (Bandara International Minangkabau), maka dari sini bermulalah rombangan kami melawati Padang dan Ke Bukit Tinggi Indonesia.


Sepanjang perjalanan dengan menaiki bus pariwisata dari Padang ke Bukit Tinggi degan jarak hampir 150 km banyak tempat yang kami lalui iaitu Lembah Along, Sicincin, Lembah Anai terkenal dengan Air Terjunnya, Padang Panjang, Kota Baru, Padang Luar dan terus ke destinasi Bukit Tinggi dan bermalam di Campago Hotel.  Berikut adalah gambar yang dapat saya rakamkan bila kami singgah disesuatu lokasi.


Mengabadikan kenangan di Air Terjun Lembah Anai

Normah bergambar di hadapan Restoran Lamun Ombak

di Rumah Gadang, Sapawi (kiri) dan Amsidom (kanan) dengan pasangan memakai pakaian pengantin mengimbas kembali di zaman muda

Normah membeli pakaian di kedai Sulaman Putri Minang

Menikmati hidangan di restoran tengah sawah

Ke kedai sulaman Hajjah Rosma

 Air Terjun Lembah Haruo

Di hadapan istana Pagar Ruyung

Kenangan di hadapan Jam Gadang

 Di pintu masuk Lubang Jepun

Bergambar dengan cewek-cewek di Bukit Tinggi

'group photo' berlatarbelakang Campago Hotel Bukit Tinggi

Pada 27 Februari 2012 jam 8.30 pagi (WIB) rombongan kami berangkat balik ke semenanjung dengan penerbangan Air Asia. Selamat tinggal Padang, Insya' Allah jika ada masa, umur dan rezeki kami akan datang kembali.

Thursday, February 09, 2012

Tuesday, February 07, 2012

Berehat di Pulau Langkawi bersama keluarga

Sempena cuti umum 2 hari pada Isnin 6hb. (Maulidur Rasul) dan  Selasa 7hb. Februari 2012 (Thaipusam), kami merancang untuk berehat dan jalan-jalan di Langkawi.

Hari pertama sabtu 4hb, Februari pada  jam 7 pagi kami sekeluarga dengan menaiki dua buah kereta secara konvoi bergerak dari Klang melalui lebuhraya terus ke Kuala Perlis iaitu destinasi terakhir sebelum menaiki feri untuk berehat di Pulau Langkawi. Perjalanan mengambil masa 8 jam kerana sepanjang lebuhraya terlalu banyak kenderaan kerana masing-masing mengambil kesempatan melancung dalam negara dan balik kampung. Begitu juga bila kami berhenti di R&R terlalu sesak dengan kenderaan dan juga manusia.


Anis memandu kereta MyVi SE

Sampai di Kuala Perlis jam 4.30 petang, orang terlalu ramai di kaunter membeli tiket untuk menaiki feri ke pulau. Akibat terlalu ramai, kami dapat menaiki feri jam 7 malam. sampai di Langkawi sekitar jam 9 malam. Naik teksi  ke Pantai Tengah dimana kami menginap selama 2 malam setelah tempahan dibuat lebih awal.

Hari kedua  5 Februari 2012
Kami menyewa teksi van dengan harga pakej RM120 selama 4 jam dan memulakan perjalanan  mengelilingi pulau dengan destinasi pertama ke tempat memproses dan memasak minyak gamat,


Inilah teksi van yang kami 'chartered' dengan pemandu En Sazali Abdul Aziz 
yang membawa kami tempat yang dilawati


 Diatas bergambar di dapur masak minyak gamat
dan dibawah sedang memilih minyak gamat untuk dibeli


Destinasi kedua ke makam mahsuri

Bergambar di hadapan makam Mahsuri

Destinasi ketiga ke Padang Mat Sirat

Anis dan Shima merakamkan kenangan 
di tapak sejarah Beras Terbakar

Destinasi keempat ke Cable Car - Kami tidak sempat menaiki cable car kerana terlalu ramai pengunjung  dan terpaksa menunggu giliran, jadi kami melihat dipersekitarannya sahaja.


Destinasi kelima di Air Hangat Village


 
berendam kaki di air hangat 

Destinasi seterusnya ialah ke Pekan Kuah, shopping di kedai Hj Ismail Group untuk membeli apa yang boleh dibeli. Shopping adalah tertumpu kepada makanan coklat yang berbagai jenis.

Hari ketiga 6 Februari  2012
Kami berangkat balik dengan menaiki feri jam 10 pagi, kami balik lebih awal adalah untuk mengelakkan kesesakan di lebuhraya ketika perjalanan. Begitulah kenangan bersama keluarga berlibur di pulau pelancungan Pulau Langkawi. Insya'Allah kalau ada umur dan rezeki kami akan datang lagi....


Dalam feri untuk berangkat balik ke Kuala Perlis